HomeWorld

Calon Bersatu Seri Menanti sasar perubahan, mahu bela nasib OKU

World 1 source 1 country 26m ago

Megat D Shahriman Zaharudin mengakui kerusi DUN Seri Menanti mempunyai sejarah sebagai kubu kuat Barisan Nasional namun percaya momentum sokongan terhadap Bersatu masih kukuh.KUALA PILAH: Presiden Majlis Paralimpik Malaysia Megat D Shahriman Zaharudin berkata keputusannya bertanding sebagai calon Bersatu di DUN Seri Menanti bukan hanya didorong cita-cita politik, sebaliknya memastikan suara Orang Kurang Upaya (OKU) lebih didengari di peringkat pembuat dasar.Megat berkata, selepas hampir sedekad bergiat aktif dalam arena sukan, beliau merasakan sudah tiba masanya untuk membawa perjuangan itu ke medan politik bagi melakukan perubahan secara lebih menyeluruh."Saya sudah hampir lapan atau sembilan tahun berkhidmat dalam dunia sukan dengan pelbagai kerajaan dan perdana menteri. Saya rasa sudah tiba masanya saya sendiri masuk politik untuk membawa perubahan."Komuniti OKU masih sering dipinggirkan dan dipandang sebelah mata. Memang kita diletak paling terakhir.

Saya tidak mahu perkara itu terus berlaku. Bukan sebab jadi calon bidang terjun atau payung terjun." katanya kepada FMT.Tambahnya, kuasa politik diperlukan bagi memastikan isu kebajikan serta hak OKU dapat diperjuangkan dengan lebih berkesan.Megat yang pertama kali bertanding dalam pilihan raya bagaimanapun mengakui suasana politik jauh berbeza berbanding dunia sukan kerana perlu berdepan dengan pelbagai sentimen dan emosi masyarakat."Bezanya cuma politik melibatkan lebih ramai orang dan pelbagai isu semasa. Tetapi prinsipnya sama, kita perlu turun padang, berjumpa seramai mungkin pengundi dan jelaskan apa yang kita mahu bawa," katanya.Mengenai strategi kempen, Megat berkata beliau mendekati setiap lapisan masyarakat tanpa mengira kecenderungan politik kerana percaya hubungan secara bersemuka mampu membina keyakinan pengundi.Katanya, walaupun mengakui kerusi berkenaan mempunyai sejarah sebagai kubu kuat Barisan Nasional (BN), beliau percaya momentum sokongan terhadap Bersatu masih kukuh."Saya yakin mampu memberikan saingan sengit kepada penyandang melihat kepada sambutan yang diterima sepanjang berkempen."Namun, keyakinan itu datang bersama kerja keras.

Saya akan terus bertemu pengundi dan melakukan yang terbaik .Kalau rakyat mahukan perubahan, saya bersedia memikul amanah itu," katanya.Beliau turut menolak tanggapan hanya anak tempatan layak menjadi wakil rakyat, sebaliknya berkata kesungguhan untuk berkhi…

Summary from source
Read the full story at the source Free Malaysia Today · MY
Get the news on TelegramTop stories & under-reported picks, straight to your feed — free. Join →