Kemampuan membentuk kerajaan stabil, mentadbir dengan baik dan menyelesaikan masalah rakyat menjadi congakan utama pengundi Negeri Sembilan.KUALA PILAH: Siapa calon menteri besar bukan faktor utama dalam congakan pengundi Negeri Sembilan yang akan ke peti undi pada 1 Ogos ini, menurut tinjauan FMT.Sebaliknya, pengundi yang ditemui mengutamakan parti yang mampu membentuk kerajaan stabil, mentadbir dengan baik dan menyelesaikan masalah rakyat.Sri Murugan."Kita perlu pilih parti yang betul-betul boleh jaga rakyat. Soal calon menteri besar itu kemudian tidak mengapa. Siapa calon MB biarlah ditentukan mengikut proses," kata seorang pengundi yang hanya mahu dikenali sebagai Sri Murugan, 54.Nur Hilayati Nor Yazid, 37, mahu pemenang PRN memilih menteri besar yang berjiwa rakyat dan sentiasa turun padang untuk melihat sendiri masalah rakyat.Nur Hilayati Nor Yazid."Saya juga harap kerajaan dapat memperkenalkan Bahau dengan lebih meluas kerana masih ramai tidak mengenali kawasan ini, selain membuka lebih banyak peluang pekerjaan menerusi sektor pendidikan," katanya.R Yogeswaran, 49, pula melihat dari segi keupayaan parti menunaikan manifesto pilihan raya.R Yogeswaran."Siapa pun yang memerintah Negeri Sembilan nanti, saya harap mereka tunaikan apa yang dijanjikan demi masa depan generasi akan datang."Soal calon menteri besar tidak mempengaruhi undi saya.
Yang penting parti menang dahulu," katanya.Sementara itu, Zaimi Hassan, 47, berkata pengumuman calon menteri besar lebih awal akan memberi peluang kepada pengundi mengenali bakal pemimpin mereka, namun ia bukan faktor utama dalam membuat pilihan.Zaimi Hassan."Kalau umum awal ada kelebihan kerana pengundi boleh menilai calon lebih awal. Tetapi kalau umum selepas pilihan raya pun tidak menjadi masalah," katanya.Katanya, kerajaan baharu perlu beri keutamaan kepada menyelesaikan isu kesesakan jalan raya terutama di laluan Bahau-Seremban, dan memperluaskan peluang pekerjaan untuk golongan muda.Lee Sum Men.Lee Sum Meng, 60, berpandangan calon menteri besar kurang utama berbanding kerajaan yang mampu meningkatkan taraf kehidupan rakyat."Siapa boleh buat baik, kita sokong. Kerajaan perlu jaga rakyat dan naik taraf prasarana seperti longkang serta rumah."Bagi saya Aminuddin Harun yang ada sekarang sudah OK dan boleh diteruskan mentadbir," katanya.
Summary from source