HomeWorld

Cedera ketika bertugas 2 minggu lalu, anggota tentera tetap mengundi awal

World 1 source 1 country 44m ago

Syarqawi Aznan bersemangat menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi pada undi awal walaupun mengalami kecederaan kaki ketika bertugas, dua minggu lalu.TAMPIN: Kecederaan kaki yang memaksanya menggunakan topang kaki tidak menghalang seorang anggota tentera hadir menunaikan tanggungjawab pada pengundian awal PRN Negeri Sembilan, hari ini.Syarqawi Aznan yang bertugas di Kem Syed Sirajuddin, Gemas, mengalami kecederaan selepas terbabit dalam kemalangan ketika mengalihkan sebuah treler semasa bertugas kira-kira dua minggu lalu.Walaupun masih dalam proses pemulihan dan sukar bergerak, anggota tentera berasal dari Kulim, Kedah, itu tiba di pusat mengundi kira-kira 9 pagi dengan bantuan rakannya.“Saya datang sebab ini tanggungjawab sebagai pengundi. Apabila tiba hari mengundi, saya tetap akan datang walaupun dalam keadaan begini,” katanya kepada FMT.Beliau turut menggesa pengundi yang sihat supaya keluar mengundi dan tidak mensia-siakan hak mereka.Sementara itu, isteri seorang anggota tentera, Syafiqa Rahman, menempuh perjalanan hampir tiga jam dari Temerloh, Pahang, untuk mengundi di Gemas.Syafiqa berkata, beliau dan suaminya, Mohd Hafifi Mohd Azam, baru berpindah ke Temerloh pada April lalu susulan pertukaran tempat bertugas dan belum sempat menukar alamat pengundi.“Kami baru berpindah, jadi belum sempat tukar alamat mengundi. Sebab itu kami tetap datang ke sini,” kata ibu kepada tiga anak itu.Syafiqa Rahman dan suaminya, Mohd Hafifi Mohd Azam menempuh perjalanan hampir tiga jam dari Temerloh, Pahang, untuk mengundi di Gemas.Pengundian awal membabitkan anggota tentera, polis serta pasangan mereka yang layak mengundi, sebelum hari pengundian pada 1 Ogos.

Summary from source
Read the full story at the source Free Malaysia Today · MY
Get the news on TelegramTop stories & under-reported picks, straight to your feed — free. Join →