HomeWorld

Chegubard bebas tuduhan hasut

World 1 source 1 country 56m ago

Badrul Hisham Shaharin didakwa mengeluarkan penerbitan menghasut yang didakwa akan merosakkan nama baik Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada 2024. (Gambar Bernama)KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini melepas dan membebaskan aktivis politik, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali Chegubard daripada pertuduhan mengeluarkan penerbitan menghasut yang didakwa akan merosakkan nama baik Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim pada 2024.Hakim Siti Aminah Ghazali membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadapnya di akhir kes pendakwaan."Mahkamah memutuskan tiada kes prima facie. Oleh itu, tertuduh dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan itu tanpa dipanggil membela diri," katanya.Chegubard didakwa menerbitkan penerbitan menghasut di Facebooknya di Taman Bukit Cheras, di sini, pada 12.15 tengah hari 6 April 2024 mengikut Perenggan 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 dan boleh dihukum bawah Subseksyen 4(1) akta sama yang memperuntukkan denda tidak lebih RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Sabri Othman, manakala peguam Muhammad Rafique Rashid Ali dan Nurmustanir Md Nor mewakili Chegubard.

Summary from source
Read the full story at the source Free Malaysia Today · MY
Get the news on TelegramTop stories & under-reported picks, straight to your feed — free. Join →