HomeWorld

Chow tepis desakan Sanusi semak bayaran ‘pajakan’ Pulau Pinang

World 1 source 1 country 12m ago

Chow Kon Yeow berkata kerajaan negeri masih belum mengetahui secara jelas tuntutan Kedah sejak Menteri Besar Sanusi Nor mula mendesak bayaran 'pajakan' tahunan disemak pada 2021.GEORGE TOWN: Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow menepis desakan berterusan Menteri Besar Kedah Sanusi Nor supaya bayaran 'pajakan' tahunan Pulau Pinang disemak semula.Chow berkata kerajaan Pulau Pinang masih belum mengetahui secara jelas tuntutan Kedah sejak Sanusi mula membangkitkan perkara itu pada 2021.“Oleh itu, kita akan menunggu tuntutan tersebut dan memberi maklum balas apabila ia dibawa ke mahkamah atau dikemukakan kepada kerajaan negeri,” katanya pada sidang media.Sanusi hari ini dilaporkan berkata bahawa Kedah sudah memuktamadkan asas perundangan dan dokumen sejarah bagi menuntut semakan bayaran pajakan tahunan Pulau Pinang.Kedah menyasarkan bayaran RM300 juta setahun daripada kerajaan persekutuan.Beliau berkata kerajaan Kedah sedang bersiap sedia untuk membawa perkara itu ke mahkamah, merujuknya kepada Majlis Raja-Raja atau memulakan rundingan rasmi dengan Putrajaya.Bagaimanapun, Sanusi berkata Kedah sedang menunggu 'keadaan yang lebih neutral' sebelum bertindak kerana bimbang Putrajaya akan menolak dapatan itu bagi mempertahankan kedudukan Pulau Pinang dalam Persekutuan.Chow sebelum ini berulang kali menegaskan Pulau Pinang bersedia mempertahankan kedudukannya di mahkamah berhubung tuntutan Sanusi kerana perkara itu melibatkan kedaulatan negeri yang dijamin Perlembagaan Persekutuan.Terdahulu, Chow menyaksikan pemeteraian perjanjian pajakan antara syarikat pengeluar peralatan makmal berpangkalan di Jerman, Eppendorf Group, dengan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC).Perjanjian itu bagi membangunkan sebuah kemudahan pembuatan baharu di Taman Teknologi Bandar Cassia, Batu Kawan, yang dibangunkan PDC.Eppendorf merancang menghasilkan beberapa produk di tapak seluas 1.6ha itu, termasuk mesin empar, alat pencampur dan mesin kitaran haba.Produk berkenaan akan digunakan oleh makmal di seluruh dunia bagi tujuan penyelidikan, diagnostik, pembangunan, pengeluaran dan jaminan kualiti.Ketua Pegawai Eksekutif Eppendorf Christine Munz berkata Pulau Pinang dipilih sebagai lokasi kilang itu kerana mempunyai kemudahan infrastruktur yang baik serta banyak pusat latihan.Beliau berkata syarikat itu juga akan memindahkan sebahagian operasi pengeluaran dari kemudahannya di lokasi lai…

Summary from source
Read the full story at the source Free Malaysia Today · MY
Get the news on TelegramTop stories & under-reported picks, straight to your feed — free. Join →