Nicky Liow cabar Ahli Parlimen Petaling Jaya Lee Chean Chung kemuka bukti beliau menyertai PKR atau mendapat 'layanan istimewa' di majlis itu. (Gambar China Press)PETALING JAYA: Ahli perniagaan Nicky Liow menuntut Ahli Parlimen Petaling Jaya Lee Chean Chung memohon maaf kerana didakwa memberi gambaran beliau baru-baru ini menjadi ahli PKR.Mengulas gambar tular memaparkannya memakai baju Pemuda PKR di sebelah Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada satu majlis, Liow berkata, penganjur memberikan baju berkenaan kepadanya selepas beliau menyumbang dana dalam majlis tersebut.Katanya, majlis itu terbuka kepada orang ramai dan dihadiri kira-kira 3,000 orang, termasuk ahli perniagaan, wakil pelbagai NGO, ahli PKR serta orang awam, lapor China Press."Memakai baju berkenaan tidak menjadikan seseorang itu ahli parti, mahupun bermaksud individu itu memegang jawatan parti atau sudah menyertai mana-mana parti politik."Memakai barangan yang dijual (sebagai sebahagian jualan amal) dalam majlis awam tidak sepatutnya ditafsirkan secara automatik sebagai menyertai parti politik atau digunakan untuk menentukan identiti atau pendirian politik seseorang," katanya dipetik dalam sidang media.Liow berkata, ahli politik seperti Lee, yang dianggapnya sehaluan bekas timbalan presiden PKR, Rafizi Ramli, berhak membangkitkan persoalan, namun ia perlu disandarkan kepada fakta, bukannya andaian.Beliau mencabar Lee mengemukakan bukti beliau telah menyertai PKR atau mendapat 'layanan istimewa' di majlis itu.“Saya tidak pernah meminta mana-mana ahli politik memberi saya layanan istimewa, mahupun menggunakan kedudukan sesiapa untuk mendapatkan faedah politik.“Jika anda percaya saya telah melanggar undang-undang, kemukakan bukti. Jika anda percaya saya telah menyertai PKR, kemukakan rekod keahlian.
Jika anda percaya saya mendapat layanan istimewa, kemukakan fakta, dan bukannya buat andaian politik berdasarkan sekeping gambar sahaja,” katanya.Beliau mendesak Lee membetulkan kenyataannya sambil menyifatkan Ahli Parlimen tersebut mencemarkan reputasinya dan beliau berhak mengambil tindakan undang-undang.Namun, Liow berkata, beliau lebih suka untuk tidak membawa perkara itu melalui prosiding undang-undang.Dalam hantaran di Facebook mengulas gambar tular itu, Lee melontarkan persoalan mengapa Liow diberi 'penghormatan' untuk bergambar bersama Anwar yang juga presiden PKR.Beliau berkata, Liow bukan lagi…
Summary from source