HomeWorld

Dakwah berhikmah penting tangani Islamofobia, kata Anwar

World 1 source 1 country 36m ago

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berucap pada Majlis Penutupan Konvensyen Wakaf Dakwah Antarabangsa 2026 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. (Gambar Bernama)KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata pendekatan dakwah sederhana, berhikmah dan berlandaskan kebijaksanaan perlu terus diperkasa bagi menangani Islamofobia serta salah faham terhadap Islam yang semakin meningkat di peringkat global.Beliau berkata, badan dakwah perlu memainkan peranan lebih aktif dalam menyampaikan mesej Islam secara rasional supaya dapat difahami masyarakat pelbagai kaum dan agama tanpa menimbulkan keresahan atau permusuhan.“Bicara saja Islam itu akan memberikan satu titik prasangka yang berat, yang tebal.“Maka sebab itulah tanggungjawab kita menyampaikan dengan penuh kebijaksanaan, memahami permasalahan,” katanya ketika berucap pada Majlis Penutupan Konvensyen Wakaf Dakwah Antarabangsa 2026 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).Anwar berkata, dunia kini berdepan cabaran baharu apabila Islam sering menjadi sasaran prasangka dan Islamofobia, justeru suara badan-badan dakwah yang sederhana amat diperlukan bagi menjelaskan ajaran Islam secara rasional dan berhikmah.Katanya, kerajaan akan terus menyokong usaha memperkasa institusi dakwah, termasuk Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) dan Majlis Dakwah Serantau Asia Tenggara dan Pasifik (RISEAP), selain meneliti cadangan pelaksanaan Wakaf Dakwah.“Saya minta menteri agama memulakan perbincangan dengan Perkim, RISEAP dan kementerian berkaitan. Selepas dirujuk kepada Jemaah Menteri mengikut proses, kita akan maklumkan untuk pertimbangan Majlis Raja-raja,” katanya.Anwar turut mengingatkan penguasaan teknologi baharu seperti kecerdasan buatan (AI), pendigitalan dan pengkomputeran kuantum perlu diseimbangkan dengan pembinaan akidah, akhlak dan nilai kemanusiaan.“Kita mesti menggapai di langit, tetapi mengakar ke bumi.

Kalau kita hanya menggapai di langit kerana mengejar teknologi dan pembaharuan, tetapi meninggalkan aspek akidah, akhlak dan pembentukan sahsiah, maka kita akan diheret,” katanya.Konvensyen Wakaf Dakwah Antarabangsa 2026 dianjurkan Perkim bagi menghimpunkan ulama, cendekiawan, pengamal wakaf, pembuat dasar dan pemimpin masyarakat dari dalam serta luar negara untuk membincangkan masa depan institusi wakaf dan peranannya dalam memperkasa komuniti, memacu pembangunan mampan serta memperkukuh usaha dakwah di peringkat…

Summary from source
Read the full story at the source Free Malaysia Today · MY
Get the news on TelegramTop stories & under-reported picks, straight to your feed — free. Join →