BN dan PN mempunyai persefahaman politik pada PRN Negeri Sembilan, menyaksikannya tidak bertembung antara satu sama lain.PETALING JAYA: Perbezaan naratif Barisan Nasional dan Perikatan Nasional pada kempen PRN Negeri Sembilan mungkin membayangkan kerjasama kedua-duanya sukar bertahan dalam jangka panjang, kata penganalisis.Syaza Shukri berkata, kontroversi membabitkan ucapan Pengarah Pilihan Raya PN Sanusi Nor serta cadangan menamakan kerjasama itu sebagai Perikatan Barisan Nasional (PBN) mendedahkan sedikit perbezaan.Penganalisis dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu berkata, ucapan Sanusi yang kurang disenangi pemimpin BN mungkin menjejaskan usaha menarik sokongan pengundi bukan Melayu yang kecewa dengan Pakatan Harapan.Katanya, cadangan menggunakan nama PBN mungkin tidak memberi kesan besar terhadap keputusan pilihan raya, tetapi boleh menimbulkan keraguan pengundi mengenai keutuhan persefahaman terbabit."Masalah lebih besar mungkin timbul sekiranya BN dan PN mahu meneruskan kerjasama selepas PRN tanpa membentuk struktur, kepimpinan dan objektif bersama."Kerjasama antara dua gabungan yang mempunyai asas perjuangan berbeza sukar dikekalkan sekiranya hanya bergantung kepada kepentingan pilihan raya," katanya kepada FMT.Pengerusi BN, Zahid Hamidi, antara pengkritik ucapan Sanusi pada ceramah di Jempol, 23 Julai lalu yang membayangkan orang Cina dan India di Malaysia masih mempunyai ‘negara asal masing-masing’.Setiausaha Agung BN, Zambry Abd Kadir, pula berkata gabungan itu tidak akan berkompromi sebarang bentuk politik perkauman atau politik ketakutan, sambil menegaskan kerjasama dengan PN pada tidak mengubah prinsip diperjuangkan.Bagaimanapum, Sanusi semalam menafikan kenyataannya orang Melayu hanya mempunyai Tanah Melayu bertujuan mempersoalkan kewarganegaraan atau hak rakyat Malaysia berketurunan Cina dan India.Dalam isu nama PBN, media melaporkan reaksi pemimpin BN antaranya Naib Presiden Umno Wan Rosdy Wan Ismail yang menyifatkan istilah itu sebagai ‘tidak relevan’ kerana membayangkan pembentukan satu gabungan politik baharu.Sebaliknya, Wan Rosdy yang juga menteri besar Pahang menegaskan kerjasama antara BN dan PN yang terjalin setakat ini hanyalah persefahaman untuk menghadapi PRN Negeri Sembilan.Namun Setiausaha Agung Wawasan, Saifuddin Abdullah menjelaskan cadangan itu dibuat secara spontan bagi memudahkan sebutan dan bukan bertujua… Dalam politik, kuasa boleh dimenangi melalui peti undi. Namun, kepercayaan tidak datang bersama kemenangan pilihan raya.
Ia perlu dibina melalui tindakan, dasar dan kesediaan memahami kebimbangan rakyat, termasuk mereka yang tidak pernah menjadi penyokong.DAP mungkin sudah mencapai sebahagian besar impian politik yang diperjuangkan selama lebih lima dekad. Daripada sebuah parti pembangkang yang sering berdepan tekanan politik, ia kini menjadi antara tonggak utama kerajaan persekutuan.Namun, di sebalik kejayaan itu, satu persoalan masih membelenggu parti tersebut: mengapa DAP masih sukar mendapat penerimaan lebih luas, khususnya dalam kalangan sebahagian besar pengundi Melayu?Persoalan ini menjadi semakin penting selepas DAP memasuki fasa pemerintahan.Pada PRU15, DAP memenangi 40 kerusi Parlimen, menjadikannya parti kedua terbesar di Dewan Rakyat dan antara komponen utama kerajaan perpaduan. Dari sudut pengaruh politik, kedudukan parti itu tidak lagi boleh dipandang ringan.Bagaimanapun, jumlah kerusi tidak semestinya menggambarkan tahap penerimaan.
Kekuatan DAP masih banyak tertumpu di kawasan bandar dan kubu tradisinya, manakala di sebahagian kawasan luar bandar serta dalam kalangan pengundi Melayu, parti itu masih berdepan cabaran besar untuk membina keyakinan.Selama bertahun-tahun, DAP dibayangi tuduhan sebagai parti cauvinis atau rasis yang hanya memperjuangkan kepentingan satu kaum. DAP menolak dakwaan itu dan menegaskan perjuangannya berasaskan demokrasi sosial, kesamarataan serta politik berbilang kaum.Bagaimanapun, penafian sahaja jarang mencukupi untuk mengubah tanggapan rakyat.Sebahagian persepsi terhadap DAP sememangnya dibentuk melalui naratif politik yang dimainkan pesaingnya sejak sekian lama. Tetapi pada masa sama, parti itu juga perlu mengakui kelemahan dalam pendekatan komunikasi dan usaha mendekati kelompok Melayu turut menyumbang kepada jurang keyakinan tersebut.Dalam politik, sesuatu persepsi mungkin tidak sentiasa adil, tetapi ia tetap memberi kesan terhadap keputusan pengundi.Walaupun DAP mempunyai pemimpin daripada pelbagai kaum, imej parti itu masih sering dikaitkan dengan masyarakat Cina kerana sejarah perjuangan, komposisi keahlian serta kawasan tradisi yang dimenanginya.Hakikat itu mungkin tidak selesa untuk diterima, tetapi dalam politik, bagaimana rakyat melihat sesebuah parti sama penting dengan bagaimana parti itu melihat dirin…
Summary from source