Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook berkata parti itu perlu memberi respons terhadap keputusan pilihan raya.PETALING JAYA: Walaupun DAP akan menilai sama ada pemimpinnya perlu kekal dalam kerajaan perpaduan tidak lama lagi, parti itu tetap komited menyokong Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, kata Setiausaha Agungnya, Loke Siew Fook.DAP akan mengadakan kongres pada 16 Ogos ini untuk memutuskan sama ada pemimpinnya perlu melepaskan jawatan mereka dalam kerajaan susulan prestasi buruk parti itu dalam PRN Sabah November lalu.Bercakap dalam audio siar malam tadi, Loke berkata, DAP tidak boleh mengabaikan kekalahannya di Sabah, yang kecundang di semua lapan kerusi ditandinginya, termasuk enam kepada Warisan.Menurutnya, kelangsungan sesebuah parti politik bergantung kepada sokongan pengundi, jadi DAP perlu menilai semula hala tujunya selepas kalah."Sebagai sebuah parti politik, survival kita bergantung kepada pengundi. Kalau pengundi menolak kita, kita tidak ada kuasa, tidak ada keabsahan dan tidak ada nilai dalam politik."Jadi, apabila berlaku keputusan seperti di Sabah, sudah tentu kita perlu mengambil iktibar, perlu ada respons."Tetapi, bukan bermaksud kita keluar (daripada kerajaan) atau meninggalkan perdana menteri. Tidak," katanya dalam audio siar Tiger Show oleh Astro Awani.Menteri pengangkutan itu sebelum ini menekankan Ahli Parlimen DAP akan terus menyokong kerajaan sehingga PRU akan datang, tanpa mengira keputusan kongres.Tegasnya, DAP tidak akan menarik balik sokongannya terhadap kerajaan perpaduan atau mengambil bahagian dalam sebarang percubaan menggulingkan kerajaan.Bercakap dalam audio siar itu, Loke mengakui penyertaan DAP dalam kerajaan melibatkan pertukaran dan menyebabkan parti itu diteliti secara berterusan oleh orang ramai.Walaupun mengakui DAP dikritik kerana "kurang lantang" sejak berada dalam kerajaan, jelasnya, parti itu yang mempunyai lima menteri terus membangkitkan isu penting dalam Jemaah Menteri."Kita bersuara melalui Kabinet, bukannya bersuara melalui media.
Tetapi orang politik kita tahulah, kalau tak bersuara melalui media, orang tidak tahu, orang tak dengar, sebab Kabinet ini mesyuarat tertutup, mesyuarat sulit."Kita kalau hendak berada dalam kerajaan, kena pertahankan kerajaan. Kita kena cari pendekatan bagaimana kita dapat membantu mendapatkan sokongan rakyat, melalui pentas atau platform dalam kerajaan."Kalau kita hanya nak mengkr…
Summary from source