HomeWorld

Defy galak rakyat jadikan kecergasan fungsian amalan harian

World 1 source 1 country 2m ago

Khairy Jamaluddin menyertai acara kecergasan REDLINE anjuran DEFY di Pusat Pameran dan Konvensyen Antarabangsa Malaysia (MIECC), semalam. (Gambar DEFY)PETALING JAYA: Platform kecergasan Defy menggalakkan rakyat Malaysia menjadikan kecergasan fungsian sebagai amalan harian, bukan sekadar hobi golongan berpendapatan tinggi.Bekas menteri kesihatan Khairy Jamaluddin yang terbabit dalam pembangunan Defy berkata kos penyertaan pertandingan, khidmat jurulatih, peralatan dan keahlian gimn masih menjadi penghalang kepada kebanyakan rakyat.Kecergasan fungsian merujuk kepada latihan yang meningkatkan kekuatan, stamina, keseimbangan dan pergerakan tubuh melalui aktiviti seperti berlari, mencangkung, mengangkat, menolak dan membawa beban.“Sejujurnya, aktiviti ini masih didominasi golongan T20.“Kalau kita betul-betul mahu menyokong berjuta-juta rakyat Malaysia, kecergasan fungsian perlu menjadi tabiat setiap rakyat, bukan hobi untuk mereka yang mampu sahaja,” katanya.Khairy berkata demikian selepas menyertai pertandingan kecergasan REDLINE di Pusat Pameran dan Konvensyen Antarabangsa Mines (MIECC), semalam.Menurutnya, usaha menggalakkan rakyat supaya lebih aktif penting kerana Malaysia berdepan beban penyakit tidak berjangkit yang tinggi.Beliau memetik Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2023 yang mendapati 54.4% orang dewasa Malaysia, atau kira-kira 11.4 juta orang, mengalami berat badan berlebihan atau obesiti.Tinjauan sama mendapati 29.9% orang dewasa tidak aktif secara fizikal, manakala 49.9% menjalani gaya hidup sedentari.Khairy berkata semakin ramai rakyat Malaysia menyertai pertandingan kecergasan dan berlatih selama beberapa bulan untuk mencapai sasaran masing-masing.“Penyertaan dalam sesuatu acara memberi seseorang matlamat yang jelas dan mendorong mereka bersenam dengan lebih konsisten,” katanya.Beliau turut menolak tanggapan bahawa Malaysia kekurangan jurulatih kecergasan berkualiti.Sebaliknya, katanya, masalah utama ialah ketiadaan laluan kerjaya dan struktur pendapatan stabil yang membolehkan bidang itu dijadikan pekerjaan sepenuh masa.“Kita ada ramai jurulatih yang baik dan beribu-ribu lagi yang berpotensi menjadi jurulatih sekiranya peluang itu wujud.“Apa yang kita tiada ialah struktur yang menjadikan jurulatih sebagai kerjaya yang mampu menyara sebuah keluarga,” katanya.Menurut kenyataan Defy, platform itu menyediakan latihan dan peluang pendapata…

Summary from source
Read the full story at the source Free Malaysia Today · MY
Get the news on TelegramTop stories & under-reported picks, straight to your feed — free. Join →