HomeWorld

Den tanyo jo

World 1 source 1 country 34m ago

Mohamad Hasan selaku menteri luar negeri baru-baru ini memberi amaran keras kepada Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pelarian atau UNHCR.Beliau mendakwa pejabat UNHCR di Malaysia seolah-olah menjadi daya tarikan yang membawa lebih ramai pelarian terutamanya etnik Rohingya untuk datang ke negara ini.Mohamad maksudkan UNHCR keluarkan kad ‘status’ kepada pelarian untuk datang dengan mudah.“Kita mahukan kerjasama dan saringan yang ketat. Jika mereka tidak mahu bekerjasama, pada pendapat saya, kita patut mempertimbangkan semula kehadiran UNHCR di negara ini supaya kita tidak terus terbeban,” kata beliau.Ketegasan beliau ada wajarnya tetapi penutupan operasi UNHCR secara drastik boleh membawa cabaran baharu kepada negara. Tetapi bukan itu yang ingin saya bicarakan dalam penulisan ini.Yang buat saya raise an eyebrow ialah apa yang dikata Mohamad kepada UNHCR dirumus oleh Malay Mail sebagai: “Cooperate refugees screening in Malaysia or face exit.” Ertinya ‘kerjasama atau angkat kaki’.New Straits Times memetik beliau menyarankan “Malaysia should reconsider allowing UNHCR to maintain an office in the country if the agency continues to refuse to cooperate on refugee management.”By his own admission, apa yang disuarakan Mohamad ialah pendapat peribadinya, bukan saranan, apatah lagi keputusan kerajaan.

Sebab Mohamad selama ini menampilkan imej ‘lembut’ dan tidak mudah ‘naik angin’. Dalam politik, beliau dikatakan seorang yang ‘play safe’. Tak gemar ambil risiko.Lalu saya bertanya bagaimana seorang yang sebegitu boleh ‘menyerang’ agensi yang merupakan cabang PBB.

Bukan calang-calang pertubuhan itu.Umum tahu Mohamad ialah timbalan presiden Umno dan di kalangan partinya dikenali dengan nama manja ‘Tok Mat’. Dan sekarang sedang sibuk berkempen untuk Barisan Nasional (BN)-Perikatan Nasional (PN) (baca Umno-PAS) dalam menghadapi PRN Negeri Sembilan. Beliau juga timbalan pengerusi BN.Lalu saya bertanya lagi kepada diri sendiri mungkinkah kata-kata kerasnya terhadap UNHCR adalah untuk domestic consumption?

Yakni untuk menunjukkan kepada pengundi di Negeri Sembilan khususnya beliau pemimpin berani menentang agensi PBB?Berani bertindak demi keselamatan negara? Menyelamatkan Malaysia daripada ancaman pelarian? Dan juga mengambil kira sentimen anti-Rohingya yang sedang memanas dalam kalangan ramai orang Melayu dewasa ini?Mohamad menyuarak…

Summary from source
Read the full story at the source Free Malaysia Today · MY
Get the news on TelegramTop stories & under-reported picks, straight to your feed — free. Join →