HomeWorld

Didakwa edar heroin, 6 beradik berdepan hukuman mati

World 1 source 1 country 55m ago

Mahkamah Majistret Ipoh menetapkan sebutan semula kes dan serahan laporan kimia pada 22 Okt ini.PETALING JAYA: Enam beradik dan seorang rakan mereka didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh atas pertuduhan mengedar dadah lebih 100g minggu lalu.Tiada pengakuan direkodkan daripada Affandi Zulkafli, 41; Khairul Azmil Zulkafli, 40; Shahrul Azwan Zulkafli, 38; Shah Herman Zulkafli, 35; Amirul Zulkafli, 29, dan Hafizi Zulkafli, 27, selepas pertuduhan dibacakan di depan Majistret Norizan Ridzuan.Pertuduhan terhadap Ismail Borhan, 43, akan dibuat di wad Hospital Raja Permaisuri Bainun petang ini kerana dia sedang menerima rawatan di sana.Semua tertuduh yang juga penganggur didakwa bersama mengedar heroin seberat 118.87g di sebuah pondok tidak bernombor di Kampung Che Zainal Tambahan 1, Chemor, Ipoh kira-kira 9.20 malam 21 Julai lalu.Mereka didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum bawah Seksyen 39B(2) akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.Jika sabit kesalahan, mereka berdepan hukuman mati atau penjara seumur hidup. Jika tidak dijatuhkan hukuman mati, mereka perlu disebat tidak kurang 12 kali.Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Zariss Sofea Zainudin, manakala semua tertuduh tidak diwakili peguam.Mahkamah menetapkan sebutan semula kes dan serahan laporan kimia pada 22 Okt ini.

Summary from source
Read the full story at the source Free Malaysia Today · MY
Get the news on TelegramTop stories & under-reported picks, straight to your feed — free. Join →