HomeWorld

Disaman kerana makanan tak sedap, pinda Akta Penjara bukan beri pegawai imuniti

World 1 source 1 country 45m ago

Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata perkataan 'perlindungan' dalam cadangan pindaan Akta Penjara 1995 bertujuan memastikan pegawai yang melaksanakan tugas berdasarkan keputusan mahkamah tidak terdedah secara tidak wajar kepada tindakan undang-undang. (Gambar Facebook)PUTRAJAYA: Cadangan meminda Akta Penjara 1995 bukan bertujuan memberi imuniti atau kekebalan undang-undang kepada pegawai penjara, sebaliknya bagi melindungi kakitangan menjalankan tugas mengikut prosedur ditetapkan.Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail, berkata sesetengah pihak termasuk badan bukan kerajaan (NGO) salah faham dengan menganggap pindaan itu sebagai usaha memberi perlindungan mutlak kepada pegawai penjara daripada tindakan undang-undang.Jelasnya, perkataan "perlindungan" dalam cadangan pindaan itu perlu difahami dalam konteks sebenar, iaitu memastikan pegawai yang melaksanakan tugas berdasarkan keputusan mahkamah tidak terdedah secara tidak wajar kepada tindakan undang-undang."Ini bukan percubaan untuk mendapatkan kekebalan undang-undang," katanya selepas perhimpunan bulanan warga Kementerian Dalam Negeri di sini.Beliau memberi contoh kes pegawai penjara disaman atas dakwaan makanan tidak sedap serta pengarah penjara disaman selepas seorang banduan dijatuhkan hukuman dan meninggal dunia kemudian."Namun begitu, sama ada kematian itu berpunca daripada hukuman sebat atau sebaliknya, pegawai penjara tetap disaman, walaupun mereka hanya melaksanakan keputusan mahkamah."Jadi, untuk kes seperti ini, saya merasakan ada keperluan untuk Akta Penjara dipinda dalam konteks ini." Menurutnya, keadaan itu boleh memberi kesan kepada moral pegawai penjara yang menjalankan tugas dalam lingkungan kuasa dan prosedur ditetapkan."Kalau kita berada di tempat pegawai penjara, dalam keadaan mereka menjalankan tugas secara suci hati, mereka masih terdedah kepada tindakan undang-undang. Saya tegaskan berkali-kali bahawa ini bukan percubaan untuk mendapatkan kekebalan undang-undang."Sebagai contoh, apabila Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) menyiasat kes di Penjara Kamunting, siasatan polis tetap dijalankan, tindakan dalaman turut diambil dan tindakan undang-undang juga boleh diteruskan.

Ini membuktikan tidak pernah wujud niat untuk memberi kekebalan kepada pegawai penjara."Aduan IPCCSaifuddin berkata, Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) menerima 1,635 aduan sejak mu…

Summary from source
Read the full story at the source Free Malaysia Today · MY
Get the news on TelegramTop stories & under-reported picks, straight to your feed — free. Join →