HomeWorld

DKU files new contempt of court application against 6 individuals

World 1 source 1 country 58m ago

Hakim Mahkamah Tinggi Seremban Roz Mawar Rozain menetapkan 28 Sept depan pengurusan kes menerima perkembangan terkini berkait tindakan undang-undang terhadap pihak terlibat.SEREMBAN: Dewan Keadilan dan Undang (DKU) Negeri Sembilan bersama setiausahanya mengemukakan permohonan baharu bagi mendapatkan kebenaran mendakwa enam individu atas penghinaan mahkamah kerana didakwa melanggar perintah injunksi sementara bertarikh 5 Jun.Peguam Steven Thiru, berkata permohonan baharu itu difailkan pagi tadi selepas percubaan menyerahkan dokumen mahkamah kepada enam individu itu pada prosiding komital sebelum ini gagal."Masing-masing mengelak menerima serahan kertas kausa sejak Mahkamah Tinggi membenarkan anak guam kami untuk memulakan prosiding komital awal bulan ini," kata Thiru kepada pemberita di pekarangan mahkamah.Enam individu berkenaan ialah bekas Undang Sungai Ujong, Mubarak Dohak; Undang Jelebu, Maarof Mat Rashad; Undang Johol, Muhammed Abdullah; Undang Rembau, Abdul Rahim Yasin; Tunku Besar Tampin, Tunku Syed Razman Tunku Syed Idrus al-Qadri; dan Shahbandar Sungai Ujong, Badarudin Abdul Khalid.Thiru mewakili DKU dan setiausahanya, Raja Norazli Raja Nordin.Mahkamah Rayuan di Putrajaya akan mendengar permohonan enam individu tersebut esok untuk menangguhkan prosiding Mahkamah Tinggi, yang memberi kebenaran prosiding penghinaan mahkamah terhadap mereka.Mengambil kira permohonan yang masih belum diputuskan di Mahkamah Rayuan itu, Hakim Mahkamah Tinggi Hakim Roz Mawar Rozain hari ini menangguhkan prosiding komital, yang sepatutnya ditetapkan untuk pendengaran.Pada permulaan prosiding, peguam Awang Armadajaya Awang Mahmud yang mewakili enam individu itu, memaklumkan mahkamah bahawa Mahkamah Rayuan telah menetapkan permohonan penangguhan mereka untuk didengar esok.Awang Armadajaya turut memberitahu mahkamah, bahawa Mahkamah Rayuan telah menetapkan pengurusan kes pada 19 Okt bagi menetapkan tarikh pendengaran rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi, yang memberi kebenaran bagi memulakan prosiding penghinaan.Roz Mawar menetapkan 28 Sept untuk pengurusan kes bagi menerima perkembangan terkini berhubung tindakan undang-undang pihak yang terlibat.Awal bulan ini, Roz Mawar memberi kebenaran kepada DKU dan Raja Norazli memulakan prosiding komital selepas mendapati mereka telah membuktikan kes prima facie bahawa enam individu tersebut melanggar injunksi sementara bertarikh …

Summary from source
Read the full story at the source Free Malaysia Today · MY
Get the news on TelegramTop stories & under-reported picks, straight to your feed — free. Join →