HomeWorld

Dunia Melayu di luar Sanusi

World 1 source 1 country 46m ago

Baru-baru ini saya mendengar ucapan Menteri Besar Kedah Sanusi Nor yang mengatakan orang Melayu hanya mempunyai Tanah Melayu, sedangkan orang Cina mempunyai China dan orang India mempunyai India. Saya faham maksud yang ingin beliau sampaikan. Ia boleh diambil secara negatif dan boleh juga dilihat dari sudut positif meskipun nampak seakan Sanusi melihat dunia Melayu dari sudut yang sempit.

Namun, ucapan itu tidaklah mengganggu benak saya. Saya ingin menceritakan pengembaraan saya ke dunia Melayu lain di Kepulauan Riau, Indonesia ketika Johor sedang sibuk hendak berpilihan raya beberapa minggu lalu.Dari pengkalan Stulang, Johor saya bersama isteri dan seorang lagi kawan menaiki feri menuju ke Pulau Bintan. Sebut Stulang, saya teringat lagu Tanjung Puteri, ada bait menyebut 'singgah Stulang membeli kopi...' dan 'istana hinggap di Kuala Danga...'.

Saya ketawa sendiri apabila teringatkan Kuala Danga atau Teluk Danga yang disebut dalam lagu tersebut kini lebih popular dipanggil Danga Bay. Bunyinya sudah berbau asing.Kurang tiga jam belayar, feri kami pun sampai ke pelabuhan Tanjung Pinang, Pulau Bintan setelah melepasi pulau Singapura, Batam dan pulau-pulau kecil lain. Saya teringat watak Laksamana Bentan dalam filem Sultan Mahmud Mangkat Dijulang (1961).

Sewaktu kecil saya tak pernah bertanya di mana letaknya Pulau Bintan. Saya tak tahu ia sebenarnya memang wujud. Dengan rasa berdebar, kini saya sampai ke tempat tersebut setelah usia menginjak setengah abad.

Alangkah terlambatnya saya.Semalaman di Tanjung Pinang sempat saya menziarahi makam Daeng Marewah, Daeng Celak dan Panglima Hitam Lancang Kuning. Saya menyanyi pula lagu 'Lancang Kuning' nyanyian Eddy Silitonga yang kemudian dipopularkan semula oleh Jamal Abdillah. "Kalau nakhoda kuranglah faham, alamatlah kapal akan tenggelam".

Sinis betul seni kata lagu tersebut. Kalau pemimpin tak hebat, kita bukan sahaja tak sampai ke tujuan malah negara pasti akan lingkup.Berbaki beberapa jam sebelum bertolak ke Pulau Singkep, kami mencuri masa menaiki bot pancung ke Pulau Penyengat yang bersetentang dengan jeti Tanjung Pinang. Di Pulau Penyengat kami ziarah pula makam Raja Ali Haji.

Summary from source
Read the full story at the source Free Malaysia Today · MY
Get the news on TelegramTop stories & under-reported picks, straight to your feed — free. Join →