Majikan masih memerlukan akses kepada mekanisme pengesahan lebih mudah, pantas, dan diyakini untuk menyemak status serta ketulenan pas pekerja secara terus, kata Presiden Persekutuan Majikan-majikan Malaysia Syed Hussain Syed Husman.PETALING JAYA: Kerajaan digesa supaya memperkukuh keselamatan siber dan menyediakan mekanisme semakan terus bagi mengelakkan majikan daripada terus terdedah kepada penipuan sindiket pas pekerja asing.Presiden Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF), Syed Hussain Syed Husman, berkata aspek keselamatan siber, audit sistem secara berkala, dan mekanisme pemantauan perlu diperkasakan demi mengelakkan sebarang pencerobohan atau manipulasi sistem pada masa hadapan.“Walaupun pelbagai proses telah didigitalkan bagi memudahkan pengurusan pekerja asing, majikan masih memerlukan akses kepada mekanisme pengesahan yang lebih mudah, pantas, dan diyakini untuk menyemak status serta ketulenan pas pekerja secara terus.“Justeru kerajaan perlu memperkukuh sistem verifikasi dengan menyediakan kemudahan semakan masa nyata, ciri pengesahan yang lebih kukuh serta rekod audit yang jelas bagi mengurangkan kebergantungan kepada pihak ketiga atau ejen,” katanya kepada FMT.Kenyataan itu menyusul laporan penahanan 12 individu termasuk enam pegawai dan seorang pegawai polis oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terbabit sindiket menggodam Sistem Imigresen Malaysia (MyIMMs) bagi meluluskan permohonan pas lawatan kerja sementara (PLKS) secara tidak sah.Mengulas lanjut, Syed Hussain berkata setakat ini pihak mereka belum menerima sebarang aduan atau laporan daripada majikan yang menjadi mangsa sindiket pemalsuan pas berkenaan.Namun katanya, majikan yang telah mematuhi undang-undang dan mengikut prosedur sah tidak sepatutnya dipertanggungjawabkan atas perbuatan jenayah pihak ketiga.“Kerajaan perlu memastikan siasatan dijalankan secara menyeluruh, telus, dan adil. Majikan yang bertindak dengan niat baik wajar diberikan perlindungan dan tidak dikenakan tindakan yang boleh menjejaskan operasi perniagaan mereka," katanya.Sementara itu, Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Norsyahrin Hamidon turut menyokong penuh usaha penguatkuasa, termasuk SPRM dalam menyiasat sebarang salah laku yang boleh merugikan kerajaan.“Sebarang penyalah guna kuasa oleh penjawat awam secara tidak langsung akan menaikkan kos operasi kerana wujud orang…
Summary from source