PAS berkata walaupun Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin mengungkit kisah lama kejayaan PN pada PRU15, ia tidak relevan dalam kempen PRN Negeri Sembilan. PETALING JAYA: Pemimpin PAS menggesa Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin berhenti mengungkit 'kisah lama' kejayaan Perikatan Nasional pada PRU15, sebaliknya menumpukan perhatian kepada usaha memperkukuh parti dan kempen PRN Negeri Sembilan. Bendahari Agung PAS, Iskandar Abdul Samad, berkata ketika semua pihak sedang memberi fokus kepada PRN Negeri Sembilan, Muhyiddin sebaliknya dilihat masih bernostalgia mengenai kerjasama politik lampau antara PAS dan Bersatu.
"Kita sedang berhadapan dengan PRN, jadi fokus sekarang ialah untuk memenangi PRN. Saya hairan mengapa Muhyiddin seolah-olah tidak memberi tumpuan kepada PRN, sebaliknya sibuk bernostalgia. "Cukuplah mengungkit kisah-kisah lama.
Buktikan kemampuan dalam PRN Negeri Sembilan ini. Walau berbakul-bakul kisah lama diungkit sekalipun, ia tidak relevan dengan PRN kali ini," katanya kepada FMT. Beliau mengulas kenyataan Muhyiddin dalam satu ceramah di Seremban bahawa kejayaan PAS mencatat kemenangan terbesar dalam sejarah dengan memenangi 43 kerusi Parlimen pada PRU15 adalah hasil kerjasama politik antara PAS dan Bersatu dalam PN.
Muhyiddin berkata perkara itu dibuktikan apabila beberapa kawasan yang dimenangi PAS ketika bertanding di bawah tiket PN menyaksikan peningkatan majoriti yang ketara berbanding pilihan raya sebelumnya. Sementara itu, Pengarah Pilihan Raya PAS, Sanusi Nor pula meningatkan Muhyiddin bahawa kemenangan Bersatu pada PRU15 turut disumbangkan oleh kekuatan jentera, akar umbi dan pengaruh PAS. Katanya, dengan kerja keras jentera, pimpinan dan ahli PAS membolehkan Bersatu sebagai sebuah parti yang masih baharu mampu memenangi 30 kerusi Parlimen dan beberapa kerusi DUN hingga diterima menyertai kerajaan di beberapa negeri.
"Selepas menang 30 kerusi hasil bantuan dan kerja keras jentera serta penyokong PAS, mereka (Bersatu) pula memecat Ahli Parlimen dan Adun yang menang atas usaha orang PAS. Pergaduhan apa sampai perlu pecat orang? Orang yang berhati tisu sahaja buat kerja macam itu," katanya.
Sanusi berkata Muhyiddin juga sepatutnya menghalakan serangan politik kepada Pakatan Harapan (PH) dan bukannya terus membangkitkan kisah lama ketika bersama PAS dalam PN. "Muhyiddin nak lawan PH atau dah jadi proksi PH untuk lawan pemban… Bersatu president Muhyiddin Yassin brought up PN’s past success in the 15th general election (GE15) while campaigning ahead of the Negeri Sembilan state election.
Summary from source