HomeWorld

N Sembilan Exco suspends government secretary, legal advisor

World 1 source 1 country 9m ago

Pemuda Pakatan Harapan Negeri Sembilan berkata kerajaan negeri perlu menjelaskan sama ada tindakan itu ada kaitan pandangan atau nasihat diberikan Zafir Ibrahim dan Muzalmah Mustapha Kamal berhubung krisis perlembagaan semasa.PETALING JAYA: Pemuda Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan menuntut penjelasan kerajaan negeri terhadap penggantungan setiausaha kerajaan negeri (SUK) dan penasihat undang-undang negeri itu.Menurutnya, kerajaan negeri perlu menjelaskan sama ada tindakan itu mempunyai sebarang kaitan dengan pandangan atau nasihat profesional yang diberikan Zafir Ibrahim dan Muzalmah Mustapha Kamal berhubung krisis perlembagaan semasa."Persoalannya mudah, mengapa mereka digantung dan mengapa sekarang?" katanya dalam kenyataan."Kedua-dua jawatan ini mempunyai peranan penting dalam memberikan nasihat pentadbiran dan perundangan kepada kerajaan negeri, lebih-lebih lagi ketika Negeri Sembilan sedang berdepan krisis perlembagaan serius."Terdahulu, Menteri Besar, Ismail Lasim dilaporkan berkata Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri sebulat suara memutuskan menggantung tugas Zafir dan Muzalmah berkuat kuasa serta-merta ketika status exco menjadi pertikaian selepas Yang Dipertuan Besar membatalkan pelantikan mereka kelmarin.Katanya, notis penggantungan SUK dan penasihat undang-undang negeri akan dimaklumkan kepada ketua setiausaha negara, Jabatan Perkhidmatan Awam dan Jabatan Peguam Negara.Pengumuman ini menyusul beberapa hari selepas Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan mengumumkan ia tidak akan meneruskan permohonan Ismail untuk mewartakan proklamasi berhubung dakwaan pelucutan takhta Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai Yang Dipertuan Besar.Pemuda PH Negeri Sembilan berkata, jika dua pegawai kanan itu melakukan kesalahan atau berdepan isu tatatertib, kerajaan negeri perlu menjelaskan asas tindakan serta proses sedang dijalankan."Jika penggantungan ini langsung tidak berkaitan krisis perlembagaan, nyatakan dengan jelas kepada rakyat. Jangan sampai timbul persepsi bila ada yang menghalang, semua disingkirkan."Negeri Sembilan memerlukan pentadbiran yang menghormati undang-undang, proses dan institusi, bukannya budaya 'siapa halang, kita singkir'."Katanya, perkembangan ini mengingatkan rakyat kepada pergolakan politik pada 2015 ketika kontroversi 1MDB memuncak.Jelasnya, Peguam Negara ketika itu, Abdul Gani Patail yang mengetuai pasukan petugas pelbagai agensi b… Menteri Besar Negeri Sembilan Ismail Lasim berkata, notis penggantungan setiausaha kerajaan negeri akan dimaklumkan kepada ketua setiausaha negara dan JPA.

(Gambar Bernama)PETALING JAYA: Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) Negeri Sembilan sebulat suara memutuskan menggantung tugas Zafir Ibrahim dan Muzalmah Mustapha Kamal, masing-masing sebagai setiausaha kerajaan negeri dan penasihat undang-undang negeri, berkuat kuasa serta-merta.Menteri Besar, Ismail Lasim, mengumumkan penggantungan tugas pegawai terbabit susulan mesyuarat khas exco negeri hari ini. Bagaimanapun, status exco negeri kini menjadi pertikaian selepas Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan membatalkan pelantikan ahli-ahlinya pada Ahad."Notis penggantungan setiausaha kerajaan negeri akan dimaklumkan kepada ketua setiausaha negara dan Jabatan Perkhidmatan Awam."Seterusnya, notis penggantungan penasihat undang-undang negeri akan dimaklumkan kepada Jabatan Peguam Negara," katanya dalam kenyataan.Tindakan itu diambil beberapa hari selepas pentadbiran kerajaan Negeri Sembilan menyatakan pihaknya tidak akan meneruskan permohonan menteri besar untuk mewartakan perisytiharan didakwa berhubung pelucutan takhta Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai Yang Dipertuan Besar.Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri sebelum ini memaklumkan, pihaknya memutuskan untuk tidak mengambil sebarang tindakan berhubung permohonan Ismail selepas menerima pandangan AGC berhubung pengumuman barisan ahli exco mengenai perisytiharan bertarikh 19 April itu.Katanya, perkara itu telah dirujuk kepada penasihat undang-undang negeri bagi memastikan setiap tindakan mematuhi perlembagaan dan undang-undang tubuh negeri.Ismail turut mengesahkan bahawa semua ahli exco Negeri Sembilan kekal memegang jawatan masing-masing, walaupun pelantikan mereka telah dibatalkan oleh Yang Dipertuan Besar."Pada masa yang sama, pentadbiran kerajaan Negeri Sembilan akan terus berjalan seperti biasa dan amanah kepada rakyat akan terus dilaksanakan dengan sebaik-baiknya," katanya.Pihak istana sebelum ini menyatakan pelantikan ahli exco dibatalkan kerana mereka didapati melanggar sumpah jawatan dan sumpah setia yang diikrarkan di depan Yang Dipertuan Besar pada 7 Ogos, sebelum dilantik menganggotai exco.Ismail bagaimanapun mempertikaikan keputusan tersebut, menegaskan bahawa pemerintah negeri tidak boleh menamatkan tempoh perkhidmatan seseorang ahli exco melain…

Summary from source
Read the full story at the source Free Malaysia Today · MY
Get the news on TelegramTop stories & under-reported picks, straight to your feed — free. Join →