Ismail Lasim sahkan exco kerajaan negeri sebulat suara mengesahkan menerima proklamasi penurunan takhta Tuanku Muhriz Tuanku Munawir. (Gambar Bernama) PETALING JAYA: Menteri Besar Ismail Lasim mengesahkan proklamasi penurunan takhta Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan telah diputuskan secara sebulat suara oleh semua ahli Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco), Selasa lalu.Beliau berkata setiausaha kerajaan negeri juga telah diminta meneruskan proses mewartakan proklamasi itu mengikut peraturan sedia ada."Saya ingin mengesahkan proklamasi memang telah dibincangkan dan diputuskan semua ahli exco kerajaan negeri secara sebulat suara pada mesyuarat exco 15 Sept lalu," katanya kepada pemberita di Negeri Sembilan.Beliau juga tidak menerima pertanyaan daripada media.Semalam, exco kerajaan negeri menyatakan proklamasi penurunan takhta Tuanku Muhriz adalah sah dan mengiktiraf Tuanku Nadzaruddin Tuanku Ja’afar sebagai Yang Dipertuan Besar baharu. Beliau berkata setiausaha kerajaan negeri juga telah diminta meneruskan proses mewartakan proklamasi itu mengikut peraturan sedia ada.
"Saya ingin mengesahkan proklamasi memang telah dibincangkan dan diputuskan semua ahli exco kerajaan negeri secara sebulat suara pada mesyuarat exco 15 Sept lalu," katanya kepada pemberita di Negeri Sembilan. Beliau juga tidak menerima pertanyaan daripada media. Semalam, exco kerajaan negeri menyatakan proklamasi penurunan takhta Tuanku Muhriz adalah sah dan mengiktiraf Tuanku Nadzaruddin Tuanku Ja’afar sebagai Yang Dipertuan Besar baharu.
Menurutnya, proklamasi 19 April ditandatangani serta dicop mohor oleh Undang Luak yang menurutnya sah dan berkuat kuasa. Bagaimanapun, Setiausaha Dewan Keadilan dan Undang (DKU) Negeri Sembilan Raja Norazli Raja Nordin hari ini menegaskan keputusan exco negeri itu tidak mempunyai kesan undang-undang kerana perkara itu di luar bidang kuasa kerajaan negeri. Menurutnya, perkara berkaitan adat Melayu, termasuk pemilihan, pelantikan, peletakan dan pemecatan Yang Dipertuan Besar serta Undang, terletak dalam bidang kuasanya menurut Perkara XVI Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 (UUTKNS).
Raja Norazli juga berkata pegawai kerajaan negeri tidak dikehendaki bertindak atas arahan untuk menurunkan Tuanku Muhriz dari takhta kerana tindakan sedemikian bertentangan dengan UUTKNS serta ketetapan dewan.
Summary from source