Home › Sports

F1 GP Bahrain di Sepang jana impak ekonomi hampir RM950 juta

Sports 1 source 1 country 26m ago

Formula 1 Grand Prix Bahrain yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang dari 2 hingga 4 Okt, menarik kira-kira 261,000 peminat sepanjang perlumbaan. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Formula 1 (F1) Grand Prix (GP) Bahrain yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) awal bulan ini menjana impak ekonomi hampir RM950 juta, menurut Kementerian Belia dan Sukan (KBS).Memetik angka daripada Formula 1 Management, Menteri Belia dan Sukan Dr Taufiq Johari, berkata acara pada 2 hingga 4 Okt itu menarik kira-kira 261,000 peminat, termasuk dianggarkan 103,000 penonton pada hari perlumbaan, selain ditonton 827 juta penonton di seluruh dunia.Beliau berkata lebih 97,000 tiket terjual, manakala lebih 50,000 pelancong antarabangsa dan kira-kira 5,000 pekerja asing datang ke Malaysia sempena acara itu.“Kehadiran penonton dari luar negara turut meningkatkan pendapatan sektor pelancongan, hospitaliti dan penerbangan, serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan, selain mengukuhkan imej Malaysia sebagai destinasi sukan dan pelaburan bertaraf dunia,” katanya dalam jawapan bertulis Parlimen kepada Rodiyah Sapiee (GPS-Batang Sadong).Rodiyah meminta KBS menjelaskan anggaran manfaat ekonomi berbanding kos yang ditanggung kerajaan, serta sama ada penilaian kos dan faedah akan dijalankan.Bagaimanapun, Taufiq berkata kerajaan masih belum menentukan sama ada penganjuran acara itu berbaloi kerana penilaian kos dan faedah masih dijalankan.Beliau berkata SIC sedang melaksanakan penilaian itu bersama firma perunding yang dilantik bagi meneliti kos penganjuran dan impak ekonomi perlumbaan berkenaan.“Dapatan penilaian kos dan faedah itu akan menjadi antara pertimbangan kerajaan dalam menentukan sama ada Malaysia wajar mempertimbangkan penganjuran F1 sekali lagi pada masa depan,” katanya.Pada Julai, Formula 1 mengesahkan Malaysia sebagai tuan rumah GP Bahrain Gulf Air dari 2 hingga 4 Okt susulan perjanjian antara Formula 1, Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) serta kerajaan Malaysia dan Bahrain.Perjanjian itu memastikan GP Bahrain kekal dalam kalendar F1 2026 selepas perlumbaan berkenaan dibatalkan awal musim ini akibat ketegangan geopolitik di Asia Barat.SIC pernah menjadi tuan rumah Grand Prix Malaysia dari 1999 hingga 2017 sebelum perlumbaan itu digugurkan daripada kalendar F1 berikutan peningkatan kos penganjuran dan yuran pelesenan.

Summary from source
Read the full story at the source Free Malaysia Today · MY ↗
Get the news on TelegramTop stories & under-reported picks, straight to your feed — free. Join →