Malaysia menjadi tuan rumah pengganti Grand Prix Bahrain yang dijadwalkan berlangsung pada 2-4 Oktober. The race in Bahrain was rescheduled in April amid the US-Israel war on Iran and will now be held in Malaysia. Litar Antarabangsa Sepang menjadi tuan rumah Grand Prix Malaysia dari 1999 hingga 2017 sebelum perlumbaan itu digugurkan susulan peningkatan kos penganjuran dan yuran pelesenan.
(Gambar Bernama) PETALING JAYA: Perlumbaan Formula 1 (F1) akan kembali ke Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada Oktober ini, dengan Malaysia dipilih sebagai tuan rumah Grand Prix Bahrain. Perkara itu diumumkan menerusi akaun Instagram rasmi F1, namun penganjur berkata ia masih tertakluk kepada pemeteraian perjanjian akhir. Perlumbaan berkenaan akan dikenali secara rasmi sebagai “Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix in Malaysia” dan dijadualkan berlangsung dari 2 hingga 4 Okt.
SIC pernah menjadi tuan rumah Grand Prix Malaysia dari 1999 hingga 2017 sebelum perlumbaan itu digugurkan daripada kalendar F1 berikutan peningkatan kos penganjuran dan yuran pelesenan. Spekulasi mengenai kemungkinan Malaysia kembali disenaraikan dalam kalendar F1 timbul selepas konflik ketenteraan antara Amerika Syarikat dan Iran menyebabkan perlumbaan di Bahrain dan Arab Saudi ditangguhkan. Dalam perkembangan berasingan, Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengucapkan terima kasih kepada Putera Mahkota merangkap Perdana Menteri Bahrain, Salman bin Hamad Al-Khalifa, serta Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif F1 Stefano Domenicali kerana memberi kepercayaan kepada Malaysia untuk menganjurkan Grand Prix Bahrain.
Anwar berkata Malaysia berharap dapat mempamerkan kemudahan bertaraf dunia, kecekapan operasi serta layanan mesra negara ini kepada pasukan dan peminat yang akan datang dari seluruh dunia. “Kerjasama ini bukan sekadar penganjuran acara sukan bertaraf dunia. Ia mencerminkan persahabatan yang berkekalan, kepercayaan bersama dan hubungan erat antara Malaysia dengan Bahrain.
“Ia juga membuktikan kesediaan dan keupayaan Malaysia untuk menganjurkan acara antarabangsa berskala besar. “Malaysia bersedia mengalu-alukan kepulangan Formula 1, Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA), pasukan-pasukan serta peminat dari seluruh dunia ke Sepang,” katanya. MOGYOROD, Hungary (AP) — Formula 1 is heading back to Malaysia for the first time in nine years as the Bahrain Grand Prix was rescheduled there for Oct.
The Sepang circuit is slotted in between races in Azerbaijan and Singapore, subject to approval from the FIA’s world motor sport council, F1 and the FIA said Sunday. “Most importantly, this is fantastic news for our fans. They will continue to enjoy a full and exciting Formula 1 calendar, while also seeing the sport return to a great venue,” F1 president and chief executive Stefano Domenicali said in a statement.
Summary from source