Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata Felda pernah muncul syarikat perladangan terbesar di dunia dan menjana keuntungan berbilion ringgit setiap tahun.PETALING JAYA: Perdana Menteri, Anwar Ibrahim mendedahkan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) kini menanggung kerugian hampir RM10 bilion akibat salah urus dan campur tangan politik berlebihan.Ketika diterajui tokoh seperti Raja Alias Raja Muhammad Ali dan Allahyarham Taib Andak, jelasnya, Felda diurus dengan cekap sehingga muncul syarikat perladangan terbesar di dunia dan menjana keuntungan berbilion ringgit setiap tahun.Menurutnya, pencapaian itu membolehkan keluarga peneroka menikmati pulangan dan hasil baik daripada usaha membangunkan tanah rancangan.Tegasnya, kemerosotan Felda bukan berpunca daripada kegagalan peneroka, sebaliknya disebabkan mereka yang diamanahkan mengurus agensi itu mengkhianati kepercayaan diberikan."Peneroka tak bekerja kuat? Masalahnya orang yang diamanah itu khianat kepada amanah. Ini kenyataan yang ada sekarang."Lapan tahun yang lalu, timbul perubahan keputusan.
Akhirnya, yang untung RM10 bilion itu sekarang dah rugi."Saya sekarang ambil alih dan jaga Felda. Saya dapat laporan Felda berhutang hampir RM10 bilion. Ini bukan politik, ini kenyataan," katanya menurut Berita Harian ketika berucap pada Program Semarak Kenegaraan di Kem Syed Sirajuddin, Gemas.Anwar berkata, generasi muda yang akan mewarisi negara memikul tanggungjawab mempertahankan keamanan dan tidak membenarkan unsur memecahbelahkan masyarakat terus berkembang.Katanya, negara akan terus kekal aman dan selamat jika kedudukan kepimpinan Melayu, institusi raja-raja Melayu serta kepimpinan dalam pelbagai institusi utama negara terus dipertahankan berlandaskan integriti dan amanah.
Summary from source