Ketua Polis Johor, Ab Rahaman Arsad berkata suspek yang juga bapa kandung mangsa akan didakwa di Mahkamah Majistret Johor Bahru esok atas tuduhan membunuh anaknya yang berusia 18 bulan, hampir tiga tahun lalu. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Kes kematian seorang kanak-kanak lelaki berusia 18 bulan hampir tiga tahun lalu di Johor Bahru yang pada mulanya disiasat sebagai kes pengabaian kini diklasifikasi sebagai kes bunuh dengan bapa kandung mangsa dinamakan suspek utama.Ketua Polis Johor, Ab Rahaman Arsad berkata perkembangan itu menyusul hasil siasatan polis selepas memanggil 13 individu termasuk ahli keluarga terdekat dan keluarga pengasuh mangsa selain mengambil sampel darah untuk ujian DNA, lapor Sinar Harian.Ab Rahaman berkata laporan awal kes itu diterima daripada seorang doktor di Jabatan Kecemasan Hospital Sultan Ismail (HSI), pada 13 Sept 2023 selepas mangsa dibawa ke hospital oleh bapanya dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia pada hari yang sama.Katanya, pemeriksaan mendapati terdapat kesan lebam di bahagian pinggang, perut menggelembung serta bengkak pada bahagian dubur.Ab Rahaman berkata, penemuan terbaharu kes itu tidak menolak kemungkinan mangsa diliwat oleh bapanya namun perkara itu masih dalam siasatan kerana kesan cecair dipercayai air mani yang ditemui pada bahagian dubur mangsa tidak dapat dianalisa."Pada peringkat awal, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana disyaki berlaku pengabaian sehingga menyebabkan kematian."Susulan perkembangan itu, kes diklasifikasikan semula mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.Katanya, hasil siasatan polis menahan bapa mangsa yang berusia 40 tahun pada 18 Julai lalu dan seorang lagi lelaki yang juga bapa saudara mangsa pada 22 Julai.Menurutnya, semakan mendapati bapa mangsa yang bekerja sebagai buruh di Singapura tidak mempunyai rekod jenayah lampau manakala bapa saudara memiliki 13 rekod jenayah dan dadah serta positif ganja.Tambahnya, hasil pemeriksaan terhadap telefon bimbit milik bapa mangsa turut menemukan gambar dan video lucah."Sehubungan itu, bapa mangsa akan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan kerana memiliki bahan lucah."Bapa saudara mangsa pula akan dibebaskan serta dijadikan saksi pendakwaan," katanya.Katanya, bapa mangsa akan dihadapkan ke Mahkamah Majistre… Presiden Fifa Gianni Infantino akan disiasat atas dakwaan mendapatkan layanan menguntungkan termasuk kes rasuah berprofil tinggi di AS libatkan badan induk bola sepak dunia itu.
(Gambar EPA Images)WASHINGTON: Seorang anggota Demokrat di Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) berkata beliau telah memulakan siasatan terhadap Fifa berhubung kemungkinan berlaku rasuah dan quid pro quo melibatkan badan itu dengan pentadbiran Trump, lapor Anadolu Ajansi.Dalam surat dihantar lewat Ahad kepada Presiden Fifa Gianni Infantino, anggota Dewan Perwakilan Jamie Raskin, anggota kanan Demokrat dalam Jawatankuasa Kehakiman Dewan Perwakilan, berkata siasatan itu akan meneliti 'kempen berterusan' oleh Fifa untuk mendapatkan layanan menguntungkan daripada Presiden AS Donald Trump, termasuk pengguguran kes rasuah berprofil tinggi di AS, melibatkan badan induk bola sepak dunia itu.“Quid pro quo terkini yang diatur oleh Fifa dan Presiden Trump bukanlah jenayah tanpa mangsa,” kata Raskin.Beliau mendakwa Fifa menggunakan hubungannya dengan pentadbiran Trump untuk terlibat dalam 'pemerasan harga yang menyalahi undang-undang dan taktik jualan berbentuk penipuan' bagi tiket Piala Dunia.Menurut Raskin, siasatan itu akan meneliti tadbir urus Fifa di bawah Infantino, termasuk dakwaan badan itu melemahkan perlindungan etika dalaman ketika berusaha memupuk hubungan lebih rapat dengan Trump.Anggota kongres itu turut menuduh pentadbiran Trump menghentikan penguatkuasaan antirasuah yang melibatkan Fifa selepas pendakwaan Jabatan Kehakiman sebelum ini mendedahkan skim rasuah antarabangsa yang telah lama beroperasi dan dikaitkan dengan hak media bola sepak.Raskin berkata, siasatan Jabatan Kehakiman sebelum ini mendedahkan rasuah dan sogokan bernilai lebih USD200 juta melibatkan defendan dari lebih 20 negara. Beliau mendakwa walaupun berjaya mendapatkan sabitan dalam beberapa kes, pentadbiran Trump kemudiannya menggugurkan pendakwaan, sekali gus membolehkan defendan yang telah disabitkan kesalahan dibebaskan.Siasatan itu juga akan memberi tumpuan kepada amalan penjualan tiket Piala Dunia oleh Fifa, yang menurut Raskin termasuk kenaikan harga, penetapan harga dinamik, dan dasar membenarkan penurunan taraf tempat duduk selepas pembelian.Raskin meminta dokumen dan komunikasi berkaitan sebarang hadiah, bayaran atau manfaat lain yang didakwa diberikan oleh Fifa kepada Trump atau sekutunya, selain rek…
Summary from source