HomeWorld

Gagal tandingi rekod PH, lawan main sentimen kaum, serang DAP, kata Sim

World 1 source 1 country 33m ago

Steven Sim berucap pada program ceramah Pakatan Harapan (PH) di Temiang, Seremban, malam tadi.PETALING JAYA: Kegagalan lawan menampilkan rekod pentadbiran setanding Pakatan Harapan (PH) menyebabkannya memainkan sentimen perkauman dan menyerang DAP untuk meraih sokongan, kata Steven Sim.Timbalan setiausaha agung DAP itu mendakwa pihak lawan menggunakan naratif berbeza apabila berkempen kepada masyarakat berlainan kaum.“Di hadapan masyarakat Cina, mereka mendakwa Anwar Ibrahim (perdana menteri) tidak menjaga kepentingan orang Cina.“Namun, apabila berdepan kaum lain, mereka menakut-nakutkan rakyat dengan mendakwa Anwar dikawal DAP dan semua sumber disalurkan kepada masyarakat Cina,” katanya pada ceramah PH di Temiang, Seremban, malam tadi.Sim yang juga menteri pembangunan usahawan dan koperasi berkata PH mempunyai rekod pencapaian jelas sepanjang mentadbir Negeri Sembilan sejak 2018, termasuk dari segi kewangan negeri, pelaburan dan rizab.Menurutnya, lebihan hasil negeri meningkat daripada RM140,000 pada 2018 kepada lebih RM203 juta pada 2025 selain kejayaan menarik pelaburan melebihi RM19 bilion tahun lalu, berbanding RM2.9 bilion pada 2018.Rizab negeri juga meningkat 45.4% daripada RM688 juta kepada RM1 bilion.“Ini bukan sekadar janji pilihan raya. Semua ini ialah pencapaian yang boleh dibuktikan menerusi rekod dan data,” katanya.Sim turut membandingkan prestasi PH dengan pentadbiran Barisan Nasional (BN) di Johor, yang didakwanya lebih mengutamakan penambahan jawatan politik selepas memenangi pilihan raya negeri.Katanya, antara tindakan awal pentadbiran baharu itu ialah mewujudkan 10 jawatan timbalan exco.“Rakyat mengundi dengan harapan kerajaan negeri yang baharu akan terus bekerja.“Namun, antara tindakan pertama mereka adalah mewujudkan 10 jawatan timbalan exco demi kepentingan politik sendiri,” katanya.Beliau berkata PH akan terus memastikan rakyat mendapat peluang adil, selain meneruskan pembangunan dan menjamin kestabilan pentadbiran sekiranya diberi mandat sekali lagi pada PRN Negeri Sembilan, 1 Ogos ini.

Summary from source
Read the full story at the source Free Malaysia Today · MY
Get the news on TelegramTop stories & under-reported picks, straight to your feed — free. Join →