HomeWorld

The 'youth wave' towards BN is driven by ethnic factors, not age, says Ong

World 1 source 1 country 39m ago

Bekas Ahli Parlimen Bangi, Ong Kian Ming berkata anggaran sokongan terhadap BN dalam kalangan pengundi Melayu yang keluar mengundi kekal tinggi secara konsisten merentasi semua kumpulan umur.PETALING JAYA: Tarikan jelas Barisan Nasional (BN) terhadap pengundi muda PRN Johor sebahagian besarnya berpunca daripada kadar pengundi Melayu yang lebih tinggi dalam kumpulan umur tertentu, menurut Ong Kian Ming dari DAP.Dalam satu kenyataan, bekas Ahli Parlimen Bangi itu berkata dakwaan mengenai 'gelombang sokongan orang muda' kepada BN perlu dilihat dengan berhati-hati kerana anggaran sokongan terhadap gabungan itu dalam kalangan pengundi Melayu yang keluar mengundi kekal tinggi bagi setiap kumpulan umur.“Dalam kalangan pengundi Melayu yang keluar mengundi, anggaran sokongan kepada BN adalah tinggi merentasi semua kumpulan umur, antara 81.4% hingga 86.8%, tanpa kecenderungan jelas bahawa pengundi Melayu lebih muda jauh lebih menyokong BN berbanding pengundi Melayu lebih berusia.”Ong berkata sokongan BN yang kelihatan lebih tinggi dalam kalangan pengundi muda berdasarkan angka keseluruhan umur yang sebahagian besarnya dapat dijelaskan oleh komposisi etnik bagi setiap kumpulan umur.“Kumpulan umur lebih muda mempunyai peratusan pengundi Melayu yang lebih tinggi, manakala kumpulan umur lebih tua mempunyai peratusan pengundi Cina yang lebih tinggi.“Dengan kata lain, sebahagian daripada apa yang dilihat sebagai kesan umur sebenarnya adalah kesan komposisi etnik,” katanya.Ong turut menyatakan bahawa sokongan terhadap Perikatan Nasional (PN) dalam PRN Johor 'merosot teruk dalam semua kumpulan umur pengundi Melayu', manakala sokongan terhadap BN meningkat melebihi 80% dalam setiap kategori umur pengundi Melayu.Katanya, perubahan sokongan kepada BN paling ketara berlaku dalam kalangan pengundi Melayu muda yang sebelum ini paling kuat menyokong PN.“Ini menunjukkan kecenderungan pengundi muda kepada PN pada 2022 bukanlah perubahan generasi yang kekal: menjelang 2026, corak pengundian Melayu menjadi lebih sekata merentasi kumpulan umur.”BN memenangi 48 daripada 56 kerusi yang ditandinginya dalam PRN 11 Julai lalu, menyebabkan kerusi Pakatan Harapan (PH) berkurangan kepada lapan berbanding 12 kerusi yang dimenanginya pada 2022. PN pula tewas di kesemua 33 kerusi yang ditandinginya.

Summary from source
Read the full story at the source Free Malaysia Today · MY
Get the news on TelegramTop stories & under-reported picks, straight to your feed — free. Join →