HomeWorld

Japan earthquake: 20-30 workers missing after explosion at shopping mall

World 1 source 1 country 59m ago

Dewan utama Kuil Yatsushiro runtuh susulan gempa kuat yang melanda Bandar Yatsushiro di Wilayah Kumamoto pada Rabu. (Gambar EPA Images)TOKYO: Kerajaan Jepun mengesahkan 13 maut selepas gempa bumi bermagnitud 7.1 melanda Wilayah Kumamoto di barat daya negara itu pada Selasa, ketika operasi mencari mangsa diteruskan, lapor Kyodo News.Perdana Menteri, Sanae Takaichi, mengumumkan angka korban itu pada Rabu, sehari selepas gempa kuat menggegarkan wilayah terbabit.Polis Metropolitan Tokyo memaklumkan sekurang-kurangnya sebuah helikopter serta pasukan penyelamat kecemasan terdiri daripada lapan anggota yang mempunyai kepakaran dalam tindak balas bencana dihantar bagi membantu operasi mencari mangsa hilang.Gempa bumi pada petang Selasa itu disusuli letupan di sebuah pusat beli-belah di Kashima, Wilayah Kumamoto.Pihak berkuasa tempatan berkata, dua wanita maut dalam kejadian itu, seorang mangsa ditemui tidak sedarkan diri, manakala lima lagi cedera.Kira-kira 200 orang dilaporkan sempat dipindahkan sebelum tingkat dua pusat beli-belah itub runtuh.Sementara itu, perkhidmatan kereta api laju Kyushu Shinkansen masih digantung, menurut syarikat pengendalinya.Biro Pengangkutan Bandar Kumamoto pula memaklumkan perkhidmatan trem di bandar itu akan disambung semula pada kelajuan lebih rendah, namun operasi mungkin dihentikan jika berlaku gempa kuat.Syarikat penerbangan Japan Airlines dan All Nippon Airways membatalkan 11 serta dua penerbangan susulan bencana itu.Beberapa premis perniagaan di wilayah berkenaan turut menggantung operasi, manakala ribuan isi rumah masih terputus bekalan elektrik.Beberapa kawasan di Kumamoto merekodkan tahap maksimum 7 pada skala intensiti seismik Jepun selepas gempa bumi melanda wilayah itu pada 4.27 petang Selasa. Keadaan Aeon Mall Kumamoto yang mengalami kerosakan teruk susulan gempa kuat yang melanda Wilayah Kumamoto pada Selasa.

(Gambar EPA Images)TOKYO: Seramai 20 hingga 30 pekerja gagal dihubungi selepas letupan berlaku di sebuah pusat beli-belah di Wilayah Kumamoto, Jepun pada Selasa susulan gempa bumi kuat yang melanda wilayah itu, lapor Xinhua memetik penyiar awam NHK.Agensi Polis Kebangsaan memaklumkan 20 hingga 30 individu yang dipercayai pekerja Aeon Mall Kumamoto tidak dapat dihubungi selepas letupan berlaku di kompleks beli-belah utama itu di Bandar Kashima, lapor NHK.Polis dan pihak bomba sedang memeriksa sama ada pekerja hilang itu terperangkap di dalam bangunan rosak serta menjalankan operasi mencari individu yang mungkin masih terperangkap.Syarikat penyiaran TBS melaporkan beberapa kematian dikhuatiri berlaku susulan letupan di pusat beli-belah berkenaan.Menurut polis Wilayah Kumamoto, letupan itu dipercayai mengakibatkan banyak kematian.Pegawai polis berkata, pihak berkuasa menjangkakan "jumlah kematian tinggi" dan pengesahan jumlah sebenar mangsa korban memerlukan masa.Sebilangan besar pelanggan dipindahkan ke kawasan luar selepas letupan berlaku kira-kira 6 petang waktu tempatan, menurut pihak berkuasa tempatan. Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada terdapat pelanggan yang berada dalam senarai mangsa hilang.Sementara itu, pihak berkuasa memaklumkan mereka menerima maklumat menunjukkan kurang 10 individu lain belum dapat dikesan di lokasi lain akibat gempa bumi bermagnitud 7.1 yang melanda wilayah di barat daya Jepun itu pada 4.27 petang waktu tempatan.

Summary from source
Read the full story at the source Free Malaysia Today · MY
Get the news on TelegramTop stories & under-reported picks, straight to your feed — free. Join →