HomeWorld

Hadi dan khilaf

World 1 source 1 country 41m ago

Menurut Wikipedia, 'khilaf' bererti keliru atau salah. Dalam Islam, 'khilaf' biasanya membawa erti bertentangan atau berlawanan. Istilah yang lebih khusus 'ikhtilaf' membawa maksud tidak sependapat atas sesuatu perkara.Kata Wikipedia lagi, khilaf terbahagi kepada tiga iaitu khilaf yang diterima, khilaf yang dicela dan khilaf yang harus.

Disenaraikan juga beberapa sebab berlakunya khilaf, yang saya tidak bercadang huraikan di sini.Mengapa saya buat carian mengenai 'khilaf' ialah kerana Presiden PAS Hadi Awang pada 24 Julai lalu membuat penjelasan berhubung sejarah kerjasama partinya dengan Umno yang seringkali berakhir dengan 'perceraian'. Kata Hadi, ia perkara biasa dan hanya melibatkan isu yang kecil.Hanya 'isu kecil' boleh menyebabkan dua parti Melayu-Islam terbesar bercerai? Fickle minded sungguh PAS dan Umno kalau begitu.

Berpecah over small matters.Apa pun realitinya, saya rumus daripada kata-kata Hadi sendiri ialah perselisihan PAS-Umno selama ini hanya isu khilaf. "Biasa berlaku khilaf (perselisihan faham) perkara cabang bukan dasar, (bagi) perkara dasar tak ada khilaf antara PAS dan Umno," menurut Hadi.Seorang pengguna Facebook bernama Mohamad Fauzi Noordin lantas bertanya: "Yang sembahyang dua imam, pulau memulau, yang mati di Memali, yang bercerai suami isteri. Hampir 40 tahun sebenarnya itu hanya khilaf.

Siapa yang menyesat dan yang tersesat?"Jelas beliau merujuk beberapa kejadian berikutan apa yang dikenali sebagai 'Amanat Haji Hadi', dikaitkan dengan suatu sedutan ceramah umum yang disampaikan Hadi di Kampung Banggol di Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April 1981. Beliau ketika itu pemimpin pelapis PAS yang bintangnya sedang menyinar.Yang menjadi masalah, kontroversi, atau pertikaian ialah Hadi dikatakan telah menuduh Umno kafir menerusi 'amanat' itu. Lalu berlakulah perpecahan antara penyokong PAS dengan Umno, dan membabitkan kalangan orang Melayu secara am terutama di Pantai Timur.Terjadi orang PAS boikot orang Umno dan sebaliknya.

Tidak mahu ziarah-ziarah termasuk ketika ada orang sakit, meninggal dunia dan majlis kenduri. Tidak mahu sembahyang berimamkan orang parti lawan. Semuanya kerana perbezaan fahaman politik dan kepercayaan serta taksub terhadap parti.Pemimpin Umno yang lantang tuduh Hadi tuduh Umno kafir ialah Dr Mahathir Mohamad.

Maklumlah waktu semua itu berlaku beliau ialah presiden Umno dan perdana menteri…

Summary from source
Read the full story at the source Free Malaysia Today · MY
Get the news on TelegramTop stories & under-reported picks, straight to your feed — free. Join →