HomeWorld

Hafizuddin wins gold in his first Commonwealth Games appearance

World 1 source 1 country 18m ago

Kemenangan Muhammad Hafizuddin Roslin mencipta kenangan manis buat atlet kelahiran Perlis berusia 22 tahun itu pada penampilan pertama di Sukan Komanwel. (Gambar Facebook)GLASGOW: Atlet angkat berat negara Muhammad Hafizuddin Roslin menghadiahkan pingat emas keempat Malaysia pada Sukan Komanwel Glasgow 2026 selepas muncul juara dalam acara lelaki kategori 88kg di SEC Armadillo, Scottish Event Campus, hari ini.Kemenangan itu mencipta kenangan manis buat atlet kelahiran Perlis berusia 22 tahun pada penampilan pertama di Sukan Komanwel apabila muncul juara dengan jumlah angkatan keseluruhan 345kg, merangkumi 162kg bagi acara snatch dan 183kg bagi clean and jerk, dengan kedua-dua catatan itu turut mencipta rekod baharu temasya.Juara acara lelaki 81kg Sukan Malaysia 2024 itu menamatkan saingan di hadapan pemenang pingat perak Cameron David McTaggart dari New Zealand yang mencatat jumlah angkatan keseluruhan 338kg manakala Angus Doig dari Scotland meraih pingat gangsa dengan 309kg.Acara angkat berat kini menyumbang semua empat pingat emas Malaysia di Glasgow, selain satu pingat gangsa menerusi Irene Jane Henry dalam kategori wanita 48kg.Terdahulu, Mohamad Aniq Kasdan muncul juara acara lelaki 60kg, diikuti Muhamad Aznil Bidin (lelaki 65kg) dan Muhammad Erry Hidayat dalam kategori lelaki 79kg.Kejayaan Hafizuddin itu terus mengukuhkan kutipan pingat Malaysia ketika kontinjen negara meneruskan kempen dengan beberapa lagi prospek pingat masih beraksi.

Summary from source
Read the full story at the source Free Malaysia Today · MY
Get the news on TelegramTop stories & under-reported picks, straight to your feed — free. Join →