HomeWorld

Only Samarahan recorded a very unhealthy API

World 1 source 1 country 57m ago

Setakat 9 pagi hari ini, hanya Samarahan mencatatkan tahap kualiti udara sangat tidak sihat iaitu 230, manakala Serian pula merekodkan IPU 195 iaitu tidak sihat. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Pengisytiharan darurat bagi seluruh bahagian Serian, Sarawak yang diisytiharkan tiga hari lalu susulan keadaan jerebu ditamatkan hari ini selepas bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak lagi berada di paras bahaya.Pejabat Perdana Menteri memaklumkan penamatan itu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim setelah mengambil kira nasihat Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan pandangan Premier Sarawak Abang Johari Openg."Bagaimanapun, keadaan jerebu di Sarawak masih belum pulih sepenuhnya dan bacaan IPU di beberapa kawasan, khususnya Serian dan Samarahan, masih berada pada tahap amat tidak sihat."Kerajaan persekutuan dan kerajaan Sarawak akan terus memantau keadaan dengan rapi dan penduduk di kawasan terjejas dinasihatkan supaya mengehadkan aktiviti di luar rumah serta sentiasa mematuhi arahan pihak berkuasa," katanya dalam kenyataan.Setakat 9 pagi hari ini, hanya Samarahan mencatatkan tahap kualiti udara sangat tidak sihat iaitu 230, manakala Serian pula merekodkan IPU 195 iaitu bacaan tidak sihat.Pada Jumaat lalu, seluruh bahagian Serian diisytiharkan darurat selepas IPU mencapai 515, melepasi tahap bahaya iaitu 301 ke atas berikutan jerebu rentas sempadan akibat kebakaran hutan di Indonesia.Darurat jerebu kali terakhir diisytiharkan di Kuching pada September 1997, apabila bacaan IPU mencecah 650. Sebelas kawasan di Sarawak merekodkan bacaan IPU tidak sihat yang tidak melebihi 200 setakat 7.30 pagi ini.

(Gambar Bernama)PETALING JAYA: Keadaan jerebu di Sarawak semakin baik dengan hanya satu kawasan merekodkan bacaan indeks pencemaran udara (IPU) sangat tidak sihat setakat 7.30 pagi ini.Menurut portal Sistem Pengurusan IPU Jabatan Alam Sekitar, hanya Samarahan mencatatkan kualiti udara tahap sangat tidak sihat, iaitu 222.Sebelas lagi kawasan di Sarawak antara 40 lokasi di seluruh negara merekodkan bacaan IPU tidak sihat yang tidak melebihi 200.Ia membabitkan Sarikei dengan bacaan IPU 193, Kuching dan Serian (192), Sri Aman (184), Mukah dan Sibu (182), Samalaju (180), Bintulu (172), Institut Latihan Perindustrian Miri (170), Miri (166) serta Limbang (150).Sebanyak 24 kawasan lain di seluruh negara mencatatkan IPU sederhana, manakala kualiti udara di Langkawi dan Kangar mencapai tahap baik, iaitu 44 serta 41.Bacaan IPU 0 hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51-100 sederhana, 101-200 tidak sihat, 201-300 sangat tidak sihat dan IPU melebihi 300 dikategorikan bahaya.Jumaat lalu, darurat diisytiharkan di Serian, Sarawak selepas bacaan IPU di kawasan itu melebihi 500.Berdasarkan pengumuman Jabatan Pendidikan Sarawak minggu lalu, 710 sekolah rendah dan menengah di Sarawak ditutup mulai hari ini hingga 11 Sept akibat jerebu, dengan sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah akan dilaksanakan sepanjang tempoh itu.Semua sekolah itu di bawah seliaan Pejabat Pendidikan Daerah Kuching, Padawan, Bau, Lundu, Samarahan, Simunjan, Serian, Sri Aman, Lubok Antu, Kanowit, Julau, Meradong, Bintulu dan Tatau/Sebauh.

Summary from source
Read the full story at the source Free Malaysia Today · MY
Get the news on TelegramTop stories & under-reported picks, straight to your feed — free. Join →