HomeWorld

Harga petrol, diesel tanpa subsidi naik 20 sen

World 1 source 1 country 17m ago

PETALING JAYA: Harga runcit RON97 dan RON95 tanpa subsidi dan diesel tanpa subsidi naik 20 sen mulai esok. Minyak RON97 akan dijual pada harga RM4.40 seliter, berbanding RM4.20 sejak minggu lepas, RON95 tanpa subsidi pada RM3.82 seliter (daripada RM3.62) dan diesel tanpa subsidi RM4.62 seliter (daripada RM4.42), hingga 5 Ogos. Menurut Kementerian Kewangan, harga minyak mentah Brent meningkat ke paras tertinggi dalam tempoh enam minggu, iaitu USD96 setong, berikutan konflik berterusan antara Amerika Syarikat dengan Iran.

Katanya, risiko terhadap laluan perdagangan utama termasuk Selat Hormuz dan Laut Merah turut meningkatkan kebimbangan terhadap gangguan bekalan petroleum global. “Selagi konflik tersebut belum mencapai penyelesaian muktamad, harga produk petroleum dijangka terus dibelenggu ketidaktentuan pasaran dunia,” kata kementerian dalam kenyataan. Dalam pada itu, harga minyak bersubsidi kekal tidak berubah.

RON95 bawah BUDI95 kekal RM1.99 seliter dan diesel menerusi BUDI MADANI Diesel terus dijual RM2.10 seliter. Harga subsidi bagi Sistem Kawalan Petrol Bersubsidi dan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi masing-masing turut tidak berubah pada RM2.05 seliter dan RM2.15 seliter. Sehubungan itu, kerajaan menyeru rakyat agar terus mengamalkan penggunaan bahan api secara berhemat, merancang perjalanan yang lebih cekap serta mengurangkan perjalanan yang tidak perlu untuk membantu memanjangkan bekalan negara dan mengurangkan tekanan terhadap perbelanjaan subsidi.

Summary from source
Read the full story at the source Free Malaysia Today · MY
Get the news on TelegramTop stories & under-reported picks, straight to your feed — free. Join →