Pengumuman Donald Trump itu sehari selepas AS dan Arab Saudi mengumumkan perjanjian mewujudkan program nuklear awam di negara itu. (Gambar EPA) WASHINGTON: Presiden Donald Trump berkata perjanjian nuklear antara AS dan Arab Saudi “bergantung sepenuhnya” kepada penyertaan Riyadh dalam Perjanjian Abraham yang mengiktiraf Israel. Washington merunding Perjanjian Abraham ketika penggal pertama Trump yang dilihat membina hubungan antara Israel dan negara Arab.
Perjanjian untuk mewujudkan program nuklear awam di Arab Saudi “akan diluluskan, tetapi bergantung sepenuhnya kepada Arab Saudi menyertai Perjanjian Abrahan yang amat dihormati dan berjaya,” kata Trump di platform Truth Social. Arab Saudi terlibat dalam perbincangan bagi menormalisasikan hubungan dengan Israel pada 2023 tetapi menarik diri serta-merta selepas tercetusnya perang Gaza. Ia menegaskan tidak akan mengiktiraf Israel tanpa kewujudan negara Palestin yang bebas.
Pengumuman Trump itu sehari selepas AS dan Arab Saudi mengumumkan perjanjian yang akan mewujudkan program nuklear awam di negara itu. AS masih berperang dengan Iran susulan rasa bimbang terhadap program nuklear Iran yang masih menjadi isu utama pertikaian dalam rundingan damai yang kini tergendala. UAE, Bahrain dan Maghribi antara penandatangan Perjanjian Abraham yang mewujudkan ikatan diplomatik, ekonomi dan keselamatan.
Sudan masih belum menyetujui secara rasmi manakala Kazakhstan yang sudah sedia mengiktiraf Israel, bersetuju menyertainya pada November lalu.
Summary from source