Pengarah Imigresen Sabah, SH Sitti Saleha Habib Yussof, berkata semua tahanan warga Filipina dalam keadaan baik sementara tunggu proses hantar pulang. (Gambar Facebook) KOTA KINABALU: Imigresen Sabah nafi dakwaan tular kononnya ramai tahanan warga Filipina meninggal dunia akibat keadaan sesak di depot tahanan imigresennya. Pengarah Imigresen Sabah, SH Sitti Saleha Habib Yussof, dalam kenyataan menegaskan dakwaan itu tidak benar, tidak berasas, dan mengelirukan.
Beliau berkata, gambar tular di media sosial itu juga bukan merupakan gambar mana-mana depot tahanan imigresen di bawah seliaannya. “Semua tahanan warganegara Filipina yang ditempatkan di depot tahanan imigresen negeri Sabah berada dalam keadaan baik sementara menunggu proses penghantaran pulang ke negara asal,” katanya. Beliau berkata, sepanjang tempoh tahanan, semua penghuni depot diberikan layanan dan perlindungan sewajarnya selaras dengan peruntukan undang-undang serta prosedur operasi yang berkuat kuasa.
Sitti Saleha, berkata tahanan turut diberikan kemudahan asas termasuk makanan mengikut jadual ditetapkan serta mematuhi menu dan ketetapan nutrisi diluluskan Kementerian Kesihatan bagi memenuhi keperluan orang dewasa dan kanak-kanak. Selain itu, katanya, tahanan turut diberikan akses kepada rawatan perubatan apabila diperlukan serta keperluan asas lain. Beliau berkata, proses penghantaran pulang tahanan warga Filipina melalui operasi kapal dari Sandakan ke Zamboanga yang sebelum ini menjadi laluan utama repatriasi telah digantung pihak berkuasa Filipina sejak Februari lalu, sekali gus menjejaskan kelancaran proses penghantaran pulang tahanan ke negara asal.
“Bagi memastikan proses repatriasi terus dilaksanakan, Imigresen Sabah menggunakan laluan alternatif iaitu melalui penerbangan dari Kota Kinabalu ke Manila serta laluan laut dari Lahad Datu ke Bongao. “Bagaimanapun, pelaksanaan penghantaran pulang melalui laluan alternatif ini adalah tertakluk kepada persetujuan keluarga tahanan untuk menanggung kos perjalanan berkenaan,” katanya. Sitti Saleha berkata, imigresen sentiasa komited memastikan kebajikan, keselamatan, dan kesihatan semua tahanan terus terpelihara selain melaksanakan proses penghantaran pulang mengikut undang-undang, prosedur ditetapkan serta kerjasama erat dengan pihak berkuasa Republik Filipina.
Orang ramai turut dinasihatkan supaya tidak mempercayai atau menyebarkan maklumat, ga…
Summary from source