HomeWorld

Ismail fears Anwar's rebuke based on incomplete picture

World 1 source 1 country 19m ago

Semalam, Anwar Ibrahim membidas Ismail Lasim dan bekas exco Negeri Sembilan atas tindakan mereka berkaitan institusi raja.PETALING JAYA: Menteri Besar Negeri Sembilan Ismail Lasim bimbang teguran Perdana Menteri Anwar Ibrahim terhadapnya dan bekas exco dibuat berdasarkan gambaran tidak lengkap mengenai peranan mereka dalam kemelut institusi diraja negeri itu.Ismail berkata, beliau dan bekas exco tidak membuat keputusan untuk menurunkan atau melantik Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan.“Saya menghormati keprihatinan perdana menteri terhadap institusi diraja, namun saya khuatir teguran tersebut berasaskan gambaran yang tidak lengkap dan tanggapan sebenar menteri besar dan bekas exco dalam perkara ini.“(Bekas) ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Negeri Sembilan membincangkan pendirian pentadbiran negeri terhadap proklamasi yang dikemukakan sebagai keputusan Undang Yang Empat,” katanya pada sidang media.Semalam, Anwar membidas Ismail dan bekas exco Negeri Sembilan atas tindakan mereka berkaitan institusi raja.Anwar berkata, Ismail dan individu terlibat lain tidak ada mandat untuk mempertikai kedudukan raja dan berkata beliau membantah keras ‘langkah biadab’ mereka.Dalam pada itu, Ismail berkata beliau dan barisan bekas exco tidak akan mencampuri siasatan, pertimbangan adat atau proses pemilihan yang terletak dalam bidang kuasa pihak ditentukan mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 (UUTKNS).Katanya, kerajaan negeri menghormati proses perundangan yang sedang berjalan dan tidak akan mengambil tindakan bercanggah dengan keputusan mahkamah.“Segala persoalan mengenai kesahihan proklamasi, pematuhan tatacara dan kesan perlembagaannya hendaklah ditentukan menurut undang-undang tubuh tersebut serta proses undang-undang yang berkenaan.“Kami menghormati apa-apa perintah mahkamah,” katanya. Menteri Besar Negeri Sembilan Ismail Lasim berkata beliau dimaklumkan terdapat perintah larangan atau arahan yang menyebabkan bekas exco bukan sahaja tidak boleh memasuki pejabat mereka sejak semalam. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Menteri Besar Negeri Sembilan, Ismail Lasim, meminta arahan yang menghalang bekas exco kerajaan negeri memasuki pejabat masing-masing di Wisma Negeri di Seremban dinilai semula dengan segera.Ismail berkata, beliau dimaklumkan terdapat perintah larangan atau arahan yang menyebabkan exco yang dipecat tidak boleh memasuki pejabat mereka sejak semalam.“Saya dimaklumkan ada perintah larangan atau arahan exco dihalang masuk pejabat masing-masing.“Saya difahamkan bukan setakat tidak boleh memasuki pejabat exco di Wisma Negeri, tetapi tidak boleh menjalankan tugas-tugas sebagai exco,” katanya dalam sidang media di Seremban.Ismail berkata, beliau memohon pihak berkuasa terlibat menilai semula arahan itu dengan mengambil kira bahawa pertikaian berhubung perkara berkenaan masih belum dimuktamadkan.Katanya, tindakan berkenaan juga perlu mengambil kira keperluan memastikan urusan rakyat serta pentadbiran negeri tidak terganggu.Beliau berkata, permohonan itu dibuat menerusi saluran yang tertib dan tidak bertujuan menghalang pihak berkuasa menjalankan tanggungjawab mereka berkaitan aspek keselamatan.Ismail turut menyeru semua pihak memberi ruang kepada kerajaan negeri dan proses perundangan untuk berjalan.Pada Ahad lalu, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir membatalkan pelantikan exco negeri berkuat kuasa serta-merta kerana melanggar sumpah jawatan mereka.Bagaimanapun, pada Isnin lalu, Ismail berkata tindakan Tuanku Muhriz tidak berpelembagaan dan tidak ada sebarang kuat kuasa undang-undang kerana dibuat tanpa nasihat menteri besar.Katanya, beliau tidak pernah dirujuk atau pada bila-bila masa menasihati berkenaan pemberhentian mana-mana exco kerajaan Negeri Sembilan menurut Perkara 38(5) Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan.

Summary from source
Read the full story at the source Free Malaysia Today · MY
Get the news on TelegramTop stories & under-reported picks, straight to your feed — free. Join →