HomeWorld

TH issue: Zahid wants PAC to investigate, Takiyuddin supports new RCI

World 1 source 1 country 46m ago

Pengerusi Mas Ermieyati Samsudin akan mendapatkan pandangan semua ahli berhubung cadangan selepas prosiding PAC di Parlimen, esok.PETALING JAYA: Cadangan Zahid Hamidi supaya Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) menubuhkan badan khas meneliti pengurusan Lembaga Tabung Haji (TH) akan dibincangkan dalam mesyuarat jawatankuasa itu esok.Pengerusi, Mas Ermieyati Samsudin, akan mendapatkan pandangan semua ahli berhubung cadangan itu selepas prosiding PAC di Parlimen.“Kebetulan esok PAC ada prosiding di Parlimen. Selepas prosiding, saya akan bermesyuarat dan berbincang dengan semua ahli PAC untuk mendapatkan respons berkenaan cadangan menubuhkan badan khas ini,” katanya kepada FMT.Terdahulu, Zahid yang juga timbalan perdana menteri berkata PAC lebih sesuai menjalankan siasatan susulan berkaitan pengurusan TH berbanding penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) baharu.Presiden Umno itu mencadangkan badan khas tersebut meneliti pengurusan TH dari 2017 hingga kini.Zahid berkata, dapatan RCI sebelum ini tidak menunjukkan petunjuk atau tuduhan secara langsung terhadap mana-mana individu.Katanya, siasatan PAC penting bagi memastikan sebarang dakwaan salah urus atau 'sakau' disokong fakta dan bukti.Sementara itu, ahli PAC Mohd Isam Mohd Isa berkata beliau setuju cadangan berkenaan dibincangkan dalam mesyuarat esok.“Saya akan berbincang dengan pengerusi dan ahli-ahli PAC. Terpulang kepada ahli PAC untuk bersetuju atau tidak,” katanya.

Zahid Hamidi berkata dapatan RCI Tabung Haji sebelum ini tidak menunjukkan petunjuk atau tuduhan secara langsung terhadap mana-mana individu.KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) lebih sesuai menjalankan siasatan susulan berkaitan pengurusan Lembaga Tabung Haji (TH) berbanding menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) baharu, kata Zahid Hamidi.Presiden Umno berkata, PAC boleh menubuhkan badan khas bawah tanggungjawabnya bagi meneliti pengurusan TH dari 2017 hingga kini.“Saya fikir PAC itu lebih sesuai untuk melakukan penyiasatan kerana mereka mempunyai locus standi yang tertulis dalam tugas dan tanggungjawab PAC itu sendiri,” katanya yang juga timbalan perdana menteri.Beliau ditemui selepas menghadiri Forum Musyawarah Nasional ‘Realiti dan Persepsi: Jangan Mempolitikkan Tabung Haji’, hari ini.Zahid berkata, dapatan RCI sebelum ini tidak menunjukkan petunjuk atau tuduhan secara langsung terhadap mana-mana individu.Katanya, siasatan PAC penting bagi memastikan sebarang dakwaan salah urus atau 'sakau' disokong fakta dan bukti.Sementara itu, Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Takiyuddin Hassan, yang turut menghadiri forum berkenaan setuju jika RCI baharu diwujudkan atau ia dibawa kepada PAC.Katanya, siasatan lanjut diperlukan untuk meneliti perkara yang berlaku selepas tempoh diliputi RCI terdahulu, selain menjelaskan percanggahan dalam beberapa dapatan berkaitan pengurusan TH.“Oleh sebab itulah saya bersetuju dengan cadangan seorang peserta tadi supaya RCI baharu perlu diadakan untuk menyiasat kedudukan Tabung Haji ini daripada tahun 2019 atau 2018 sehingga kini,” katanya yang juga setiausaha agung PAS.

Summary from source
Read the full story at the source Free Malaysia Today · MY
Get the news on TelegramTop stories & under-reported picks, straight to your feed — free. Join →