Annuar Musa berkata PAS tidak terburu-buru untuk putuskan jumlah kerusi bakal ditandingi pada PRN Melaka.PETALING JAYA: Agihan kerusi PRN Melaka perlu dibuat dengan cermat, kata Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN) Annuar Musa sambil mengingatkan jangan lupa dengan kejayaan dicapai sebelum ini.Kenyataan beliau itu menyusul selepas Pengerusi BN Zahid Hamidi mengumumkan Barisan Nasional (BN) akan bertanding 21 kerusi disandangnya kini pada PRN Melaka yang perlu diadakan selewat-lewatnya penghujung tahun.Selepas kemenangan pada PRN Negeri Sembilan, Sabtu lalu, Zahid membayangkan kerjasama BN dan PN mungkin diteruskan ke Melaka.Annuar yang juga ahli jawatankuasa PAS berkata kenyataan Zahid itu bermaksud BN akan bertanding hampir semua kerusi majoriti Melayu manakala sebahagian kecil lagi untuk parti lain.Menurutnya, PN akan berbincang terlebih dahulu dan tidak mendahului sebarang rundingan."Bagi jentera dan Jabatan Pilihanraya PAS, kita akan buat kajian sentimen rakyat. Kita amat menghargai aspirasi rakyat Melaka."Amatlah perlu kita cermat membuat perhitungan dan tidak mudah lupa dengan kejayaan yang sudah dicapai."Ia sebahagian dari ujian buat kita semua," katanya di Facebook.Presiden PAS Hadi Awang pada Sabtu dipetik berkata formula kerjasama seperti di Johor dan Negeri Sembilan tidak semestinya diulang di Melaka kerana ia tertakluk kepada perkembangan serta keadaan politik setempat.Beliau turut merujuk ketiadaan wakil BN di kerusi Parlimen di Melaka.Pengerusi BN Melaka, Ab Rauf Yusoh, pada Ahad pula berkata pihaknya terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak menerusi formula ‘BN Plus’, namun menegaskan rundingan tidak semestinya menghasilkan persetujuan.PAS sebelum ini mengumumkan hasrat bertanding di 16 daripada keseluruhan 28 kerusi DUN Melaka termasuk mencabar Rauf di Tanjung Bidara.Kerusi lain disasarkan parti itu ialah Pantai Kundor, Paya Rumput, Klebang, Ayer Limau, Kuala Linggi, Rembia, Durian Tunggal, Pengkalan Batu, Duyong, Merlimau dan Serkam. PAS sasar tanding 16 daripada 28 kerusi pada PRN Melaka, sebelum BN dan PN mempunyai persefahaman di Negeri Sembilan PETALING JAYA: Seorang pemimpin PAS Melaka berkata partinya akan terus mengutamakan perpaduan ummah dalam soal agihan kerusi ketika Barisan Nasional (BN) mahu bertanding 21 daripada 28 DUN pada PRN.
Tanpa menjelaskan lanjut sama ada ia bermaksud PAS akan memberi laluan kepada BN seperti di Johor dan Negeri Sembilan, Setiausahanya Muhammad Jailani Khamis berkata pihaknya akan akur dengan keputusan pimpinan. "Hasrat BN yang mahu kekal bertanding di 21 kerusi DUN menunjukkan hati budi dan pendirian mereka. "PAS dan PN tetap mementingkan perpaduan ummah dan penyatuan bangsa,” katanya kepada FMT.
"Pada dasarnya kita akan mengikut apa sahaja keputusan pimpinan." Beliau mengulas kenyataan Pengerusi BN Zahid Hamidi yang gabungan itu berhasrat mempertahankan semua 21 kerusi DUN dimenanginya pada PRN Melaka lalu. Presiden Umno itu turut menyatakan BN terbuka mengadakan persefahaman dengan mana-mana pihak termasuk PN seperti pada PRN Negeri Sembilan, menyaksikannya menguasai 25 daripada 36 kerusi. Pada PRN Melaka 2021, BN memenangi 21 daripada 28 DUN, lima oleh Pakatan Harapan (PH) manakala PN memperoleh dua kerusi.
Bagaimanapun, kerusi BN berkurangan kepada 20 selepas Jailani yang juga Adun Rembia menyertai PAS pada 2023. Sementara itu, pemimpin Parti Wawasan Negara (Wawasan) Melaka, Dr Mohd Yadzil Yaakub, turut menyerahkan urusan rundingan kerusi dan kerjasama antara PN dengan BN kepada pucuk pimpinan. Adun Bemban yang juga ketua pembangkang DUN Melaka itu berpandangan rundingan perlu diserahkan kepada kebijaksanaan Presiden Wawasan Hamzah Zainudin.
Terdahulu, FMT melaporkan pandangan penganalisis politik Syaza Shukri yang PN dijangka menuntut sekurang-kurangnya separuh daripada 28 kerusi pada PRN Melaka akan datang. Menurutnya, tuntutan itu bersandarkan kemenangan PN di tiga kawasan Parlimen Melaka pada PRU15 iaitu Masjid Tanah, Tangga Batu serta Jasin. Ketiga-tiga kawasan Parlimen itu merangkumi 14 DUN yang 12 daripadanya dikuasai BN.
PAS sebelum ini mengumumkan hasrat bertanding di 16 daripada keseluruhan 28 DUN Melaka termasuk mencabar Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh di Tanjung Bidara. Kerusi lain disasarkan parti itu ialah Pantai Kundor, Paya Rumput, Klebang, Ayer Limau, Kuala Linggi, Rembia, Durian Tunggal, Pengkalan Batu, D…
Summary from source