HomeWorld

Jalaluddin claims PRN banner links him to Tuanku Muhriz trying to cause division

World 1 source 1 country 1m ago

Ketua Umno Negeri Sembilan Jalaluddin Alias tunjuk gambar sepanduk kempen PRN Negeri Sembilan papar dirinya bersama slogan 'BN Menang, Muhriz Turun'.TAMPIN: Ketua Umno Negeri Sembilan Jalaluddin Alias menyifatkan tindakan menaikkan sepanduk memaparkan gambarnya bersama slogan 'BN Menang, Muhriz Turun', merujuk Yang di-Pertuan Besar Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, sebagai cubaan mencetuskan perpecahan serta memainkan sentimen perkauman.Beliau berkata, pendekatan politik sedemikian sudah tidak lagi sesuai diamalkan kerana hanya akan mengeruhkan keharmonian masyarakat, terutama ketika kempen PRN memasuki fasa akhir sebelum hari pengundian Sabtu itu."Saya juga ingin menyentuh tindakan menaikkan sepanduk yang memaparkan gambar saya bersama tulisan seperti 'BN Menang, Muhriz Turun'."Pada pandangan saya, tindakan itu sangat tidak wajar kerana ia cuba menanam bibit perpecahan dan memainkan sentimen perkauman."Pendekatan politik seperti itu sudah ketinggalan zaman. Ia tidak sesuai diamalkan dalam suasana politik hari ini kerana hanya akan menimbulkan ketidakstabilan dalam masyarakat," katanya pada sesi libat urus bersama pimpinan masyarakat Negeri Sembilan di MRSM Gemencheh yang turut dihadiri Pengerusi BN Zahid Hamidi.Jalaluddin yang juga calon Barisan Nasional (BN) Pertang berkata, sepanduk itu mula dinaikkan di beberapa DUN di Parlimen Paroi, Seremban dan Jelebu.Sehubungan itu, beliau menggesa semua pihak mengelakkan kempen bersifat menghasut atau memecahbelahkan rakyat, sebaliknya menumpukan kepada tawaran dasar serta penyelesaian terhadap isu dihadapi pengundi.Katanya, rakyat kini lebih matang dalam membuat pilihan dan tidak seharusnya dipengaruhi dengan taktik yang boleh menggugat perpaduan.

Summary from source
Read the full story at the source Free Malaysia Today · MY
Get the news on TelegramTop stories & under-reported picks, straight to your feed — free. Join →