Home › World

Enough with the manipulation of facts, academics criticize '4 laws'

World 1 source 1 country 19m ago

Faisal Tehrani dan Rosli Dahlan membidas kenyataan oleh Undang Johol, Tunku Besar Tampin dan tiga individu lain yang menegur perdana menteri kerana 'campur tangan' dalam perkara berkaitan bidang kuasa mereka.PETALING JAYA: Seorang ahli akademik dan seorang peguam membidas Undang Johol Muhammed Abdullah serta tiga lagi individu yang mendakwa diri mereka sebagai ketua adat Sungai Ujong, Jelebu dan Rembau kerana menegaskan bahawa mereka mempunyai kuasa mutlak untuk melantik dan memecat pemerintah negeri.Ahli akademik, Faizal Musa yang lebih dikenali sebagai Faisal Tehrani, menggesa keempat-empat individu itu "sudah-sudahlah memanipulasi fakta dan menunggang adat untuk sesenduk kuasa".Beliau turut mempersoalkan dakwaan Mubarak Dohak dan Maarof Mat Arshad bahawa mereka masih Undang Sungai Ujong dan Jelebu, mengatakan kedua-duanya dipecat pada awal tahun ini."Oleh itu apa pun hujah mereka tidak relevan," katanya kepada FMT. "Saya menyeru mereka redha dan 'move on', agar rakyat Negeri Sembilan dapat aman-aman saja meneruskan kehidupan."Terdahulu hari ini, empat-empat individu itu bersama Tunku Besar Tampin, Tunku Syed Razman Syed Idrus Al-Qadri, dalam kenyataan menggesa Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan Jabatan Peguam Negara (AGC) supaya tidak campur tangan dalam urusan negeri, khususnya perkara berkaitan bidang kuasa perlembagaan mereka.Mereka mendakwa Perkara 10 dan 11 Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan (UUTKNS) memberikan mereka kuasa eksklusif untuk memilih dan menurunkan pemerintah negeri.Abdul Rahim Yasin, yang mendakwa dirinya Undang Rembau, tidak pernah dilantik secara rasmi ke jawatan tersebut.Peguam, Rosli Dahlan, menyifatkan kenyataan keempat-empat individu itu sebagai "menghairankan dan belum pernah berlaku dari segi bentuk dan isi"."Ini bukan sahaja memburukkan lagi krisis perlembagaan di Negeri Sembilan, malah memberi kesan kepada keselamatan negara dan ketenteraman awam, kerana seluruh negara berasa cemas dan keliru," katanya kepada FMT ketika dihubungi.Beliau menggesa kerajaan persekutuan supaya bertegas terhadap 'golongan anarkis ini' demi memastikan undang-undang dan ketenteraman, keselamatan awam serta keselamatan negara terpelihara. Pada sidang media Undang Johol bersama individu mendakwa sebagai Undang Sungai Ujong, Jelebu dan Rembau menegaskan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri memberi mereka kuasa eksklusif menurunkan takhta Yang Dipertuan Besar.PETALING JAYA: Empat Undang Negeri Sembilan, termasuk tiga yang pelantikannya dipertikaikan, serta Tunku Besar Tampin menggesa Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan Jabatan Peguam Negara (AGC) supaya tidak campur tangan dalam urusan negeri, khususnya perkara berkaitan bidang kuasa perlembagaan mereka.Pada sidang media di Seremban hari ini, mereka menegaskan Perkara 10 dan 11 Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 memberikan mereka kuasa eksklusif untuk memilih dan menurunkan pemerintah negeri.Mereka turut memberi amaran kepada Anwar supaya tidak mengambil sebarang tindakan melalui agensi kerajaan persekutuan yang boleh menjejaskan pentadbiran negeri."Janganlah bertindak lebih sudu daripada kuah dan hidung tak mancung pipi tersorong-sorong.

Janganlah menimbulkan huru-hara di dalam negeri kami melalui agensi kerajaan Persekutuan yang menyebabkan lumpuhnya pentadbiran eksekutif kerajaan negeri."Janganlah semata-mata kerana laba dan pengaruh politik atau tunduk kepada tekanan pihak tertentu, sanggup melakukan apa sahaja tanpa menggunakan akal dan hati nurai malah tidak segan silu melanggar prinsip keluhuran perlembagaan."Jangan bertindak melampaui kuasa dan campur tangan dalam perkara yang bukan urusan anda,” kata mereka.Menurut mereka, sebarang tindakan tidak berperlembagaan sedemikian akan menjadi pelanggaran sumpah jawatan perdana menteri di bawah Jadual Keenam Perlembagaan Persekutuan, selain melanggar amanah di bawah Perkara 71(1) dan (2) serta konsep federalisme.Mereka turut memberi amaran kepada pihak luar, khususnya parti pembangkang, supaya 'tidak menangguk di air keruh' dan 'memutarbelitkan fakta' dengan mengeluarkan kenyataan jelek terhadap kerajaan negeri dan institusi adat."Tiada mana-mana parti politik yang mempunyai kuasa menurunkan mana-mana raja," kata mereka. "Kuasa itu diperuntukkan semata-mata kepada punca kuasa yang sah dan konteks Negeri Sembilan, ia adalah kuasa Undang Yang Empat,"Mereka berkata, adat Negeri Sembilan telah diamalkan lebih 500 tahun dan sebagai ketua adat, merekalah yang paling memahami adat berkenaan."Hanya jauhari mengenal manikam," katanya.Undang Yang Empat turut menegaskan kuasa mereka memilih d…

Summary from source
Read the full story at the source Free Malaysia Today · MY ↗
Get the news on TelegramTop stories & under-reported picks, straight to your feed — free. Join →