HomeWorld

Jangan jual maruah kerana wang, pesan Ayob Khan

World 1 source 1 country 12m ago

Ayob Khan Mydin Pitchay menamatkan perkhidmatannya sebagai timbalan ketua polis negara selepas berkhidmat dalam pasukan selama 35 tahun. (Gambar Bernama) PETALING JAYA: Ayob Khan Mydin Pitchay dalam ucapan terakhir sebagai timbalan ketua polis negara mengingatkan warga polis tidak sesekali menggadai maruh kerana habuan wang. Tegasnya, setiap pegawai dan anggota perlu terus mempertahankan integriti serta menjunjung amanah yang menjadi tunjang institusi kepolisan.

“Jangan rosakkan pasukan ini hanya kerana kepentingan diri. “Jangan gunakan kuasa untuk menindas mereka yang lemah dan jangan sesekali lupa di sebalik setiap kuasa yang kita miliki, terdapat rakyat yang mengharapkan keadilan,” katanya menurut Astro Awani, di Kuala Lumpur. Beliau berkata, setiap warga polis perlu sentiasa menginsafi setiap amanah dan kuasa diberikan kerana ia akan dipertanggungjawabkan, bukan sahaja di dunia malah di hadapan Allah.

Beliau menyerahkan tugas kepada Pengarah Cawangan Khas Ibrahim Darus yang akan memangku jawatan timbalan ketua polis negara kuat kuasa hari ini. Dalam pada itu, memetik Berita Harian, Ayob Khan menzahirkan kekecewaan apabila Bahagian Counter Terrorism dibubarkan pada 2014, sedangkan pasukan itu berjaya mencatat pelbagai kejayaan dalam membanteras ancaman keganasan. Katanya, ketika itu beliau secara terbuka menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap keputusan tersebut.

Ayob Khan berkhidmat selama 35 tahun dalam pasukan sebelum dilantik timbalan ketua polis negara pada 23 Jun 2023, menggantikan Razarudin Husain yang dinaikkan pangkat sebagai ketua polis negara.

Summary from source
Read the full story at the source Free Malaysia Today · MY
Get the news on TelegramTop stories & under-reported picks, straight to your feed — free. Join →