Timbalan Presiden Amanah, Mujahid Yusof Rawa berkata kerajaan tak sedia korbankan masa untuk selesai isu utama rakyat hanya kerana layan desakan Umno untuk PRU awal.PETALING JAYA: Perdana Menteri, Anwar Ibrahim digesa tidak melayan desakan Umno supaya PRU diadakan lebih awal kerana masih banyak agenda rakyat khususnya berkaitan ekonomi serta kesejahteraan yang perlu diberikan keutamaan.Timbalan Presiden Amanah, Mujahid Yusof Rawa berkata baki penggal pentadbiran kerajaan masih berbaki sehingga penghujung 2027 menjadi tempoh penting untuk kerajaan melaksanakan semua agenda tersebut.“Bagi Amanah, kita kekal dengan pendirian untuk menamatkan penggal pentadbiran kerajaan perpaduan dan ini menjadi tempoh penting untuk kerajaan selesaikan isu-isu utama rakyat."Jadi, saya tidak fikir kerajaan hari ini bersedia untuk mengorbankan semua itu hanya kerana terdesak dengan Umno yang minta supaya segera mengadakan pilihan raya," katanya yang dipetik Sinar Harian sebagai berkata selepas Program Penerangan Suruhanjaya Siasatan Diraja Lembaga Tabung Haji.Dalam ucapan penggulungan di Perhimpunan Agung Umno, Presidennya Zahid Hamidi mencabar pihak yang mengkritik Umno supaya mengeluarkan parti itu secara rasmi dalam kerajaan.Bagaimanapun, dalam sidang akhbar selepas itu, Zahid, yang juga timbalan perdana menteri, mengulangi ikrar Umno untuk kekal bersama kerajaan sehingga tamat tempoh penggal.Penggal kerajaan perpaduan akan berakhir pada Disember 2027 dan pilihan raya mesti diadakan selewat-lewatnya pada Februari 2028, melainkan Parlimen dibubarkan lebih awal.Mujahid berkata, pembentukan kerjasama sejak tahun 2022 adalah berdasarkan persetujuan bersama dengan syarat-syarat yang ditetapkan tetapi jika ada parti yang mahu keluar ia dialu-alukan."Anwar juga tidak berniat untuk membuang mana-mana pihak namun tidak menghalang jika ada yang memutuskan untuk keluar sendiri,” katanya. Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Karim berkata Umno ada tiga pilihan untuk cabar pentadbiran kerajaan Anwar Ibrahim. PETALING JAYA: Umno tidak perlu menunggu untuk disingkirkan daripada kerajaan jika mahu mencabar kerajaan pimpinan Anwar Ibrahim, kata pemimpin PKR, Hassan Karim.Katanya, Umno ada tiga pilihan iaitu tarik balik sokongan Ahli Parlimen Umno dan Barisan Nasional (BN) terhadap kerajaan, menteri Umno letakkan jawatan atau kemuka usul undi tidak percaya terhadap Anwar apabila sidang parlimen akan datang.Ahli Parlimen Pasir Gudang itu, mempersoalkan cabaran Presiden Umno Zahid Hamidi kepada pengkritiknya supaya menyingkirkan Umno daripada kerajaan perpaduan.
Zahid turut mencabar supaya membentangkan usul undi tidak percaya terhadap Anwar.Hassan berkata adalah tidak wajar untuk membuat ancaman seperti itu terutama pada Perhimpunan Agung Umno, lapor Berita Harian.Katanya, Anwar yang juga pengerusi Pakatan Harapan (PH) ialah orang yang mengenang budi dan tidak sampai hati untuk memecat menteri Umno atau menyingkirkan parti itu.Tambahnya, Umno perlu sedar bahawa kerajaan perpaduan bukanlah satu gabungan rasmi sebaliknya gabungan longgar dan bila-bila masa ia boleh tarik diri.Menurutnya, adalah lebih baik Zahid ambil contoh seperti Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli yang meletakkan jawatan sebagai menteri selepas tewas di pemilihan PKR.Malam tadi, Zahid, yang juga timbalan perdana menteri, mengulangi ikrar Umno untuk kekal bersama kerajaan sehingga tamat tempoh penggal.
Summary from source