HomeAsia-Pacific

Jangan takut PAS, calon MIPP Lukut beritahu pengundi India

Asia-Pacific 1 source 1 country 15m ago

Fahmi Fadzil berkata pengundi yang akan menentukan kemenangan seseorang calon atau parti politik bukannya kajian atau ramalan politik. (Gambar Bernama)JEMPOL: Fahmi Fadzil berkata ramalan bekas Ahli Parlimen Bangi, Ong Kian Ming bahawa Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) memenangi sehingga 25 kerusi pada PRN Negeri Sembilan menjadi pembakar semangat kepada Pakatan Harapan (PH) untuk bekerja lebih keras.Pengarah komunikasi PH berkata, unjuran itu juga menjadi cabaran kepada semua calon PH supaya terus memperhebat usaha menyantuni rakyat, khususnya pengundi atas pagar yang masih belum membuat keputusan menjelang hari pengundian."Yang akan memenangkan mana-mana calon ataupun parti dalam pilihan raya ialah pengundi yang keluar mengundi, bukannya kajian atau ramalan politik."Setakat ini, apabila kita lihat mood terutama dalam kalangan pengundi atas pagar, ia agak positif dan semuanya terpulang kepada pengundi untuk membuat keputusan," katanya pada sidang media selepas menghadiri kempen bersama komuniti Felda Bukit Rotan Barat.Turut hadir calon PH bagi DUN Jeram Padang, G Manivannan.Semalam, Ong berkata BN dan PN dijangka menguasai kerajaan Negeri Sembilan dengan memenangi antara 23 hingga 25 daripada keseluruhan 36 kerusi pada PRN 1 Ogos ini.Dalam unjuran terbaharunya, ahli DAP itu menjangkakan PH hanya mampu memenangi antara 11 hingga 13 kerusi, dengan PKR berkemungkinan memperoleh satu kerusi manakala selebihnya dimenangi DAP.Ong, yang kini profesor adjung di Universiti Taylor’s berkata kerjasama pilihan raya BN-PN memberi kelebihan kepada kedua-dua gabungan kerana dapat mengelakkan perpecahan undi Melayu yang sebelum ini membantu PH memenangi beberapa kerusi.Rekod pentadbiran Aminuddin jadi sandaran PHFahmi yang juga menteri komunikasi berkata, rekod pentadbiran Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun, membuktikan kerajaan negeri di bawah PH mempunyai prestasi yang boleh dinilai sendiri oleh rakyat.Menurutnya, sepanjang pentadbiran Aminuddin, hasil negeri, simpanan kerajaan negeri, kutipan zakat dan pelaburan terus meningkat, selain tidak berdepan skandal penyelewengan yang mencemarkan pentadbiran."Kita lihat pentadbiran Tok Min (Aminuddin) berjaya menyelesaikan banyak perkara. Hasil meningkat, simpanan meningkat, zakat meningkat dan pelaburan juga meningkat."Beliau juga tidak berdepan isu-isu yang pernah dikaitkan dengan pemimpin terdahu…

Calon MIPP DUN Lukut N Sathes Kumar berkata PAS bekerjasama tanpa memberi tekanan kepada parti yang berteraskan masyarakat India itu dalam perkara berkait agama.SEREMBAN: Calon MIPP bagi kerusi DUN Lukut, N Sathes Kumar, menggesa pengundi India supaya tidak takut kepada PAS, sambil menegaskan bahawa parti Islam itu menghormati semua kaum dan tidak memaksakan agenda agamanya ke atas rakan-rakan dalam gabungan.Sathes, yang bertanding dalam PRN Negeri Sembilan di bawah panji Perikatan Nasional (PN), berkata PAS bekerjasama dengan MIPP tanpa memberi tekanan kepada parti yang berteraskan masyarakat India itu dalam soal agama.“PAS memang parti Islam, tetapi ia menjaga kebajikan orang Islam dan juga masyarakat lain,” katanya kepada FMT ketika diminta mengulas kebimbangan dalam kalangan pengundi India terhadap pengaruh PAS yang semakin meningkat dalam PN.“Datanglah menyokong kami. Saya boleh memberi jaminan bahawa rakan-rakan kami daripada PAS tidak akan membawa agama Islam ke dalam politik. Mereka akan bekerjasama dan membantu kami.”Kempen PRN Negeri Sembilan baru-baru ini dicemari retorik berunsur perkauman selepas Naib Presiden PAS yang juga Pengarah Pilihan Raya PN, Sanusi Nor, didakwa berkata dalam satu ceramah bahawa orang Melayu tidak mempunyai tanah air selain Malaysia, manakala orang Cina dan India mempunyai China dan India sebagai tanah asal masing-masing.Sanusi kemudiannya menafikan bahawa beliau mempertikaikan kewarganegaraan atau hak masyarakat Cina dan India di Malaysia.Kenyataannya itu juga menerima kecaman daripada beberapa pemimpin politik, termasuk Pengerusi Barisan Nasional (BN), Zahid Hamidi, walaupun BN mempunyai persefahaman pilihan raya dengan PN.Sathes berdepan penyandang daripada Pakatan Harapan (PH), Choo Ken Hwa, serta calon Bebas, Teo Seng Lee, dalam pertandingan tiga penjuru bagi kerusi Lukut.Choo mewakili Lukut sejak 2018, manakala bekas Adun DAP, Ean Yong Hian Wah, pernah mewakili kawasan bercampur itu dari 2008 hingga 2013.Sathes turut merayu pengundi India agar memberikan sokongan kepadanya, sambil berkata bahawa jika dipilih, beliau akan memperjuangkan kepentingan semua kaum, namun akan memberi perhatian khusus kepada isu yang melibatkan masyarakat India.“Saya akan melakukan yang terbaik dan bekerja khususnya untuk masyarakat India kerana saya berasal daripada masyarakat India.

Tetapi bukan untuk orang India sahaja, saya juga akan …

Summary from source
Read the full story at the source Free Malaysia Today · MY
Get the news on TelegramTop stories & under-reported picks, straight to your feed — free. Join →