HomeWorld

Promises are easy to make, hard to keep.

World 1 source 1 country 30m ago

Bagi Zahid Hamidi, lebih mudah memenangi hati pengundi India berbanding Cina.PETALING JAYA: Barisan Nasional (BN) berharap dapat menarik sokongan pengundi India menerusi janji memberikan dua jawatan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan kepada MIC, namun penganalisis berpandangan ia lebih mudah dijanjikan daripada ditunaikan.Ini kerana MIC yang mewakili masyarakat India dalam gabungan itu, hanya bertanding di dua daripada 36 kerusi pada PRN Sabtu ini.MIC perlu memenangi kedua-dua kerusi berkenaan untuk membolehkan dua wakilnya dilantik sebagai exco negeri, seperti dijanjikan Pengerusi BN Zahid Hamidi.Menurut seorang penganalisis, berdasarkan perkiraan kerusi semata-mata, janji itu sukar, malah mungkin mustahil untuk ditunaikan.Sebelum 2018, ketika BN masih menerajui kerajaan Negeri Sembilan, MIC hanya diperuntukkan satu jawatan exco.Janji itu dibuat selepas Menteri Besar Kedah Sanusi Nor mencetuskan kontroversi apabila berkata Tanah Melayu, nama lama bagi Semenanjung Malaysia, adalah satu-satunya tanah air bagi orang Melayu.Awang Azman Pawi.Awang Azman Pawi dari Universiti Malaya berkata tawaran itu bertujuan mengembalikan daya tarikan BN sebagai gabungan berbilang kaum susulan kebimbangan masyarakat bukan Melayu terhadap kenyataan Sanusi.Katanya, Zahid mahu menghidupkan semula identiti BN sebagai gabungan yang dibentuk berasaskan perkongsian kuasa antara kaum.“Perkara ini menjadi semakin penting kerana kerjasama pilihan raya BN dengan Perikatan Nasional (PN), ditambah pula kenyataan kontroversi Sanusi, boleh menimbulkan kebimbangan dalam kalangan bukan Melayu,” katanya kepada FMT.Awang Azman berkata BN berulang kali menegaskan kerjasamanya dengan PN pada PRN itu tidak akan mengubah prinsip kesederhanaan dan perkongsian kuasa berbilang kaum yang dipegang gabungan berkenaan.Menurutnya, tawaran itu juga menunjukkan BN menyedari pengundi Cina lebih sukar dialihkan daripada Pakatan Harapan (PH) dan DAP dalam tempoh terdekat.“Sokongan pengundi India dilihat lebih terbuka dan mudah dipengaruhi faktor calon tempatan, selain isu pekerjaan, pendidikan, rumah ibadat, perumahan dan akses kepada kerajaan,” katanya.“Dalam pertandingan sengit, perubahan beberapa peratus sokongan pengundi India boleh menentukan keputusan yang memihak kepada BN.”Awang Azman berkata tawaran itu juga bertujuan menunjukkan MIC bukan sekadar rakan pelengkap dalam BN.“Mesej utama Zahi…

Summary from source
Read the full story at the source Free Malaysia Today · MY
Get the news on TelegramTop stories & under-reported picks, straight to your feed — free. Join →