Institusi pendidikan bawah Kementerian Pendidikan (KPM) di kawasan yang merekodkan bacaan IPU melebihi 180 ditutup mulai esok berikutan jerebu.PETALING JAYA: Semua sekolah di empat negeri serta Kuala Lumpur dan Putrajaya ditutup mulai esok berikutan jerebu.Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek mengumumkan semua sekolah di Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor ditutup; manakala di Pahang semua sekolah di daerah Rompin ditutup.Sementara itu, sekolah di Perlis, Pulau Pinang, Perak, Sabah dan Sarawak serta Labuan beroperasi seperti biasa."Saya telah minta semua Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah untuk terus memantau keadaan jerebu dan mengambil tindakan segera sekiranya keadaan memerlukan," katanya di Facebook."Masa yang akan datang, kita akan memastikan sebarang keputusan penutupan sekolah dimaklumkan lebih awal supaya ibu bapa mempunyai masa yang mencukupi untuk membuat persediaan."Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, menitahkan nasihat agar sekolah di kawasan terjejas jerebu ditutup susulan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) yang berpanjangan antara 150 hingga 180.Baginda bertitah aspek keselamatan dan kesihatan murid serta pelajar perlu diberi keutamaan ketika keadaan jerebu melanda negara.Kemudian, Ketua Pengarah Pendidikan, Azam Ahmad, mengumumkan penutupan semua institusi pendidikan bawah Kementerian Pendidikan (KPM) di kawasan yang merekodkan bacaan IPU melebihi 180.Institusi pendidikan di kawasan yang mencatat bacaan IPU melebihi 150 secara berpanjangan selama tiga hari berturut-turut pula akan ditutup bermula Isnin depan.Pihak sekolah juga perlu memastikan kelangsungan proses pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan kaedah bersesuaian, mengambil kira kemampuan, akses serta keperluan murid dan kesiapsiagaan guru. Jerebu memaksa semua institusi bawah KPM di Selangor ditutup mulai esok. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Semua institusi bawah Kementerian Pendidikan (KPM) di Selangor ditutup mulai esok berikutan jerebu.Jabatan Pendidikan Selangor memaklumkan penutupan ini selaras kenyataan KPM hari ini, bahawa semua institusi pendidikan bawah KPM di kawasan yang merekodkan bacaan indeks pencemar udara (IPU) melebihi 180 akan ditutup mulai esok.Katanya, institusi berkenaan ditutup sepenuhnya mulai 9 Okt sehingga dimaklumkan semula oleh Jabatan Pendidikan Selangor."Sekolah hendaklah melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dari rumah (PdPR) bagi memastikan kelangsungan pembelajaran murid," kata Pengarah Pendidikan Wan Nor Ashikin Abu Kassim dalam kenyataan."Guru-guru dan anggota kumpulan pelaksana melaksanakan bekerja dari rumah (BDR) sepanjang tempoh penutupan, tertakluk kepada arahan dan keperluan semasa."Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, menitahkan nasihat agar sekolah di kawasan terjejas jerebu ditutup susulan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) yang berpanjangan antara 150 hingga 180.Baginda bertitah aspek keselamatan dan kesihatan murid serta pelajar perlu diberi keutamaan ketika keadaan jerebu melanda negara.Kemudian, Ketua Pengarah Pendidikan, Azam Ahmad, mengumumkan penutupan semua institusi pendidikan bawah KPM di kawasan yang merekodkan bacaan IPU melebihi 180.Institusi pendidikan di kawasan yang mencatat bacaan IPU melebihi 150 secara berpanjangan selama tiga hari berturut-turut pula akan ditutup bermula Isnin depan.Pihak sekolah juga perlu memastikan kelangsungan proses pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan kaedah bersesuaian, mengambil kira kemampuan, akses serta keperluan murid dan kesiapsiagaan guru.
Summary from source