HomeWorld

Cash assistance rates for vulnerable groups continue to increase, says minister

World 1 source 1 country 12m ago

Inisiatif bantuan tunai yang diperkenalkan Putrajaya pada 2012 melalui evolusi penjenamaan dan penambahbaikan, bermula dengan Bantuan Rakyat 1 Malaysia sehingga Sumbangan Asas Rahmah.PETALING JAYA: Kerajaan terus meningkatkan kadar dan peruntukan bantuan tunai kepada golongan berpendapatan rendah bagi memastikan lebih ramai rakyat menerima manfaat di bawah sistem bantuan sosial lebih bersasar serta efisien.Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Armizan Mohd Ali, berkata inisiatif bantuan tunai yang mula diperkenalkan pada 2012 menerusi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) itu melalui beberapa penjenamaan serta penambahbaikan, peningkatan kadar bantuan, jumlah penerima dan peruntukan."Sebagai contoh, pada 2012, inisiatif bermula dengan kadar maksimum bantuan adalah RM500 setahun, meliputi 4.2 juta ketua isi rumah (KIR)/penerima dengan jumlah peruntukan keseluruhan RM2.1 bilion," katanya dalam kenyataan.Beliau berkata, penambahbaikan itu lebih ketara sejak 2023 dan kadar bantuan tunai kini meningkat kepada RM4,600 setahun membabitkan kira-kira 9 juta KIR atau penerima dengan peruntukan keseluruhan mencecah RM15 bilion.Menurutnya, kerajaan turut memperkenalkan inisiatif baharu Sumbangan Asas Rahmah (SARA) pada 2023, iaitu bantuan tunai yang dikreditkan terus ke MyKad penerima."Mekanisme bantuan tunai ini lebih bersasar dan efisien berbanding kaedah subsidi pukal yang terbuka kepada risiko ketirisan."

Summary from source
Read the full story at the source Free Malaysia Today · MY
Get the news on TelegramTop stories & under-reported picks, straight to your feed — free. Join →