Radzi Jidin berkata ramai mempersoalkan mengapa Laporan RCI Tabung Haji disimpan lebih 43 bulan. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Ahli Parlimen Putrajaya Radzi Jidin mempersoalkan mengapa kerajaan mengambil masa lebih 43 bulan untuk mendedahkan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Lembaga Tabung Haji (TH) selepas dibentangkan kepada Jemaah Menteri.Beliau membandingkan kelewatan itu dengan Kertas Putih Felda dibentangkan di Dewan Rakyat pada 10 April 2019 sebaik sahaja disiapkan dan mendapat lampu hijau daripada Jabatan Peguam Negara.Naib presiden Bersatu itu berkata laporan RCI Tabung Haji dibentangkan kepada Jemaah Menteri pada 14 Dis 2022, ketika Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri tetapi hanya didedahkan kepada umum, semalam."Ramai bertanya mengapa selepas lebih 43 bulan laporan RCI berkaitan Tabung Haji dibentangkan kepada Jemaah Menteri, barulah kerajaan hendak mendedahkannya kepada rakyat.“Itu kerajaan hari ini yang perlu jawab,” katanya dalam kenyataan.Radzi Jidin bandingkan tempoh pembentangan Kertas Putih Felda dengan laporan RCI Tabung Haji.Kerajaan semalam mendedahkan laporan RCI mengenai TH bagi tempoh 2014 hingga 2020 dan telah menggariskan 25 syor tindakan penambahbaikan.RCI ditubuhkan pada 2021 untuk menyiasat aspek pengurusan, operasi dan isu berkaitan aset TH antara 2014 hingga 2020 susulan kebimbangan terhadap tadbir urus dan kedudukan kewangan dana berkenaan.RCI itu menyiapkan laporannya pada Julai 2022.Berkongsi proses penyediaan Kertas Putih Felda, Radzi berkata dokumen itu disediakan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi ketika diterajui Azmin Ali pada 2018.Menurutnya, selaku timbalan menteri hal ehwal ekonomi, beliau ditugaskan membantu memantau penyediaan kertas putih berkenaan."Kertas Putih itu bukan sahaja memperincikan isu-isu dalaman Felda tetapi juga turut mengandungi laporan forensik untuk lapan pembelian atau pelaburan aset."Selepas sahaja siap dan mendapat lampu hijau daripada Jabatan Peguam Negara, Kertas Putih Felda terus dibentangkan kepada Dewan Rakyat pada 10 April 2019," katanya. Abdul Azeez Abdul Rahim berkata selaku pengerusi bukan eksekutif Tabung Haji ketika itu, beliau tiada kuasa mutlak meluluskan sebarang transaksi atau pelaburan bersendirian.PETALING JAYA: Bekas pengerusi Tabung Haji (TH), Abdul Azeez Abdul Rahim menyuarakan kesediaannya disiasat semula, jika perlu susulan dakwaan salah laku dalam laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI)."Jadi kalau nak siasat balik, silakan.
Saya orang pertama akan bagi kerjasama yang padu dan jitu, kalau saya curi, saya tanggung. Tapi jangan ulang ayat sakau demi kepentingan politik," katanya menurut Sinar Harian ketika membantu kempen calon Barisan Nasional (BN) DUN Pertang, Jalaluddin Alias di Taman Simpang Pertang, Jelebu.Beliau turut mempersoalkan kenapa laporan RCI itu hanya didedahkan ketika PRN Negeri Sembilan, sedangkan laporan setebal 204 muka surat itu sebenarnya siap sejak penghujung 2022 dan dibentangkan dalam beberapa siri mesyuarat Jemaah Menteri."Saya tidak tahu kenapa tiga tahun lapan bulan ia tidak dikeluarkan...yang tahu hanya perdana menteri. Dalam RCI itu jelas dinyatakan boleh diterbitkan kepada umum."Dua minggu lepas saya tanya polis, mereka kata fail ini sudah dikemas untuk disimpan dan hanya menunggu arahan 'no further action' (NFA)," katanya.Pada 2021, katanya, ketua pesuruhajaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika itu, Azam Baki telah mengeluarkan surat rasmi menegaskan tiada salah guna kuasa atau penyelewengan berlaku, selain beliau dipanggil polis sebanyak 11 kali bagi membantu siasatan forensik mereka."Kalau betul saya sakau, tahun 2018 lagi Dr Mahathir Mohamad dah penjarakan saya...saya ditahan 14 malam di lokap, disiasat habis-habisan, termasuk audit forensik," katanya.Azeez berkata, pernah merayu kepada Mahathir, timbalan perdana menteri ketika itu, Dr Wan Azizah Wan Ismail dan menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mujahid Yusof Rawa menubuhkan RCI bagi menyiasat dakwaan berkenaan.Tegasnya, beliau sekali lagi merayu kepada perdana menteri berikutnya, Muhyiddin Yassin melakukan perkara sama, tetapi tidak diberikan perhatian."Kalau Umno sakau, menteri saya curi, saya curi selaku pengerusi TH ketika itu, tidak akan saya nak suruh buat RCI.
Rakyat boleh menilai," katanya.Selaku pengerusi bukan eksekutif ketika itu, jelasnya, beliau tiada kuasa mutlak meluluskan sebarang transaksi atau pelaburan bersendirian kerana setiap kertas kerja perlu melalu…
Summary from source