HomeWorld

Kamalanathan urges written confirmation of Bumiputera equity conditions for tuition centres

World 1 source 1 country 9m ago

Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri berharap penjelasan itu dapat bantu betulkan peranan kementerian dalam perkara tersebut supaya maklumat yang disampaikan kepada pihak awam adalah tepat dan jelasPETALING JAYA: Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (Miti) hari ini berkata pihaknya tidak mempunyai makluman mengenai keputusan Kementerian Pendidikan (KPM) untuk memansuhkan syarat pemilikan ekuiti Bumiputera sekurang-kurangnya 30% bagi institusi pendidikan swasta.KPM yang mengumumkan perkara itu semalam berkata, keputusan tersebut susulan perbincangan dengan Miti.Menurut KPM, keputusan itu dibuat bagi memenuhi keperluan semasa sektor pendidikan serta memastikan ruang penyertaan dalam pendidikan kekal terbuka kepada semua pihak yang mahu menyumbang kepada pembangunan pendidikan negara.Bagaimanapun, Miti hari ini dalam satu kenyataan menjelaskan bahawa perkara berkaitan dasar pemilikan ekuiti Bumiputera adalah bidang kuasa Unit Perancang Ekonomi (EPU) di bawah Kementerian Ekonomi."Miti berharap penjelasan ini dapat membantu memperbetul peranan kementerian dalam perkara ini supaya maklumat yang disampaikan kepada pihak awam adalah tepat dan jelas," katanya dalam kenyataan itu.Isu ini timbul awal minggu ini selepas Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung mendedahkan garis panduan KPM yang didakwa mensyaratkan pusat tuisyen mempunyai 30% ekuiti Bumiputera untuk memperbaharui lesen tahun depan.Kumpulan Tindakan Ibu Bapa dalam Pendidikan Melaka mempersoalkan kewajaran mewajibkan perniagaan sedia ada — ada yang beroperasi berpuluh tahun — untuk melepaskan 30% pemilikan mereka demi meneruskan operasi.Sarjana bebas, Sharifah Munirah Alatas, pula berpendapat, dasar itu berisiko menimbulkan sentimen perkauman dalam sektor pendidikan dan tidak semestinya menggalakkan keusahawanan Bumiputera tulen. Bekas timbalan menteri pendidikan P Kamalanathan gesa KPM mengemas kini semua garis panduan berkaitan syarat ekuiti Bumiputera bagi mengelakkan kekeliruan.PETALING JAYA: Bekas timbalan menteri pendidikan P Kamalanathan menggesa Kementerian Pendidikan (KPM) mengeluarkan pengesahan bertulis bahawa syarat ekuiti Bumiputera sekurang-kurangnya 30% bagi pusat tuisyen telah dimansuhkan.Mengalu-alukan keputusan KPM untuk memansuhkan syarat itu, Kamalanathan berkata kementerian perlu menjelaskan sama ada perubahan tersebut terpakai bagi permohonan baharu dan pusat sedia ada yang ingin perbaharui lesen.Beliau turut menggesa kementerian mengemas kini semua garis panduan berkaitan di portalnya bagi mengelakkan kekeliruan.“Keputusan kementerian untuk memansuhkan syarat ekuiti Bumiputera sekurang-kurangnya 30% bagi institusi pendidikan swasta di bawah bidang kuasanya... adalah keputusan yang tepat untuk pendidikan negara,” katanya dalam satu kenyataan.Kamalanathan turut berkata pusat tuisyen sepatutnya dinilai berdasarkan kualiti guru, keselamatan pelajar dan hasil pembelajaran, bukannya berdasarkan komposisi etnik pemegang saham mereka.Bekas Ahli Parlimen Hulu Selangor itu berterima kasih kepada KPM dan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri kerana mendengar pandangan pengendali, ibu bapa dan pihak berkepentingan, serta memastikan sektor pendidikan kekal terbuka kepada mereka yang mahu menyumbang kepada pembangunan pendidikan negara.Semalam, KPM berkata ketetapan pemilikan sekurang-kurangnya 30% ekuiti Bumiputera tidak lagi ditetapkan sebagai syarat bagi syarikat sendirian berhad yang mengoperasikan institusi pendidikan swasta bawah kementerian itu.KPM mengumumkan perkara itu susulan perbincangan dengan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri dan dibuat bagi memenuhi keperluan semasa sektor pendidikan serta memastikan ruang penyertaan dalam pendidikan kekal terbuka kepada semua pihak yang mahu menyumbang kepada pembangunan pendidikan negara.Isu ini timbul awal minggu ini selepas Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung mendedahkan garis panduan KPM yang didakwa mensyaratkan pusat tuisyen mempunyai 30% ekuiti Bumiputera untuk memperbaharui lesen tahun depan.Kumpulan Tindakan Ibu Bapa dalam Pendidikan Melaka mempersoalkan kewajaran mewajibkan perniagaan sedia ada — ada yang beroperasi berpuluh tahun — untuk melepaskan 30% pemilikan mereka demi menerus…

Summary from source
Read the full story at the source Free Malaysia Today · MY
Get the news on TelegramTop stories & under-reported picks, straight to your feed — free. Join →