Dua bekas pemimpin PKR Kamarudin Jaffar dan Mansor Othman sedang pertimbang untuk menyertai semula parti itu.PETALING JAYA: PKR menjadi satu-satunya parti yang sedang dipertimbangkan bekas Ahli Parlimen Bandar Tun Razak Kamarudin Jaffar, sekiranya beliau kembali menyertai parti politik.Kamarudin mengesahkan kepada FMT bahawa beliau sedang berbincang dengan beberapa rakan dalam PKR mengenai kemungkinan kembali ke parti itu, namun belum membuat sebarang permohonan rasmi."Ia sebagai usaha memastikan kestabilan dan kelancaran kerajaan demi kepentingan dan kestabilan politik negara.“Setakat ini hanya PKR yang sedang dipertimbangkan. Parti lain tiada," kata bekas timbalan menteri itu.Kamarudin mengulas laporan yang beliau dijangka menyertai semula PKR yang ditinggalkannya enam tahun lalu.FMT memetik sumber melaporkan beliau telah menyerahkan permohonan menyertai semula PKR di bawah Cabang Cheras.Bagaimanapun, Kamarudin berkata sekiranya kembali menyertai PKR, beliau berkemungkinan kekal sebagai ahli Cabang Bandar Tun Razak, kawasan yang diwakilinya sebagai Ahli Parlimen dari 2018 hingga 2022.Difahamkan bekas Ahli Parlimen Nibong Tebal Mansor Othman juga sedang mempertimbangkan kemungkinan kembali menyertai PKR.FMT telah menghubungi bekas naib presiden PKR itu untuk maklum balas.Kamarudin dan Mansor adalah antara 11 Ahli Parlimen PKR yang keluar parti bersama Mohamed Azmin Ali pada Februari 2020 untuk menyertai Bersatu.Perkembangan itu menjadi antara rentetan peristiwa politik yang membawa kepada kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada 2020. Kamarudin Jaffar sertai PKR daripada PAS pada 2015 sebelum bertanding di Bandar Tun Razak.PETALING JAYA: Bekas Ahli Parlimen Bandar Tun Razak Kamarudin Jaffar dijangka menyertai semula PKR, perkembangan selepas seruan Presidennya Anwar Ibrahim supaya veteran parti kembali ke pangkuan.Sumber berkata Kamarudin telah menghantar permohonan untuk kembali menyertai PKR dan pengumuman rasmi mengenai perkara itu dijangka dibuat pucuk pimpinan parti."Beliau memohon sebagai ahli PKR Cheras."PKR Wilayah Persekutuan tiada masalah menerimanya...ini seiring dengan seruan presiden memanggil bekas pemimpin untuk kembali bersama," katanya kepada FMT.FMT telah menghubungi Kamarudin untuk maklum balas.Ketua PKR Wilayah Persekutuan Azman Abidin ketika dihubungi tidak menolak kemungkinan perkara itu namun enggan mengulas lanjut.Sumber itu berkata, perkembangan berkenaan membuktikan PKR terus menjadi pilihan walaupun sebelum ini ada dakwaan ia bakal terjejas selepas bekas timbalan presiden PKR Rafizi Ramli mengambilalih Parti Bersama Malaysia (Bersama)."Kehadiran bekas pemimpin juga dapat menguatkan lagi PKR untuk mengekalkan kemenangan kerusi khususnya di Wilayah Persekutuan,” katanya.Kamarudin menyertai PKR pada 2015 daripada PAS sebelum keluar parti itu bersama 10 lagi wakil rakyatnya.Diketuai bekas timbalan presiden PKR Mohamed Azmin Ali, mereka menyertai Bersatu pada 2020 dan tindakan itu membawa kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH) 1.0.Kamarudin juga pernah menjadi Ahli Parlimen Tumpat mewakili PAS selama tiga penggal hingga 2013, sebelum bertanding atas tiket PKR di kerusi Bandar Tun Razak pada PRU14.Sebelum ini bekas naib presiden PKR Dr Xavier Jayakumar mengesahkan beliau kembali menyertai parti itu.Turut berbuat demikian seorang lagi bekas naib presiden Tian Chua yang dipecat kerana bertanding sebagai calon bebas di Parlimen Batu.
Summary from source