Naib Pengerusi Syahredzan Johan berkata DAP kekal sebagai parti inklusif yang sentiasa berusaha menagih kepercayaan pelbagai lapisan rakyat di negara ini. (Gambar Facebook)PETALING JAYA: DAP tidak mungkin mampu mempertahankan kawasan dengan populasi terbesar pengundi Melayu jika benar parti itu gagal menarik sokongan komuniti berkenaan seperti didakwa Naib Presiden MCA Wee Jeck Seng.Naib Pengerusi DAP, Syahredzan Johan, berkata parti itu kekal sebagai parti inklusif yang sentiasa berusaha menagih kepercayaan pelbagai lapisan rakyat di negara ini."DAP parti pelbagai kaum. Kami mahu mendapat sokongan daripada semua kaum—Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban dan semua.“Sekiranya Melayu langsung tidak mengundi DAP, tidak mungkin kami boleh menang 40 kerusi Parlimen.
Saya tidak mungkin dapat pertahankan Parlimen Bangi untuk DAP, yang mana Melayu merupakan etnik terbesar, tanpa undi orang Melayu juga,” katanya kepada FMT.Beliau mengulas kenyataan Wee yang menyarankan DAP membuat penilaian kendiri berhubung kegagalannya meraih sokongan orang Melayu.Menurut Wee, masyarakat Melayu menyokong MCA kerana menghormati serta mengiktiraf sumbangan parti itu namun DAP dilihat terlalu memberi tumpuan menyerang MCA.Sementara itu, Syahredzan mempersoalkan relevansi MCA dalam mewakili masyarakat Cina apabila parti itu sendiri gagal meraih sokongan majoriti kaum berkenaan.“Persoalan yang lebih relevan adalah, mengapa parti orang Cina—'Malaysian Chinese Association'—hanya mendapat sokongan kurang daripada 15% orang Cina?” soal Ahli Parlimen Bangi itu.Naib Pengerusi DAP Perak, Aziz Bari, juga menyifatkan kenyataan Wee sebagai andaian kosong tanpa sandaran data yang kukuh.“Tiada bukti yang jelas mengenai perkara itu, contohnya adakah sebarang kajian atau kaji selidik dibuat untuk menyokongnya? Itu hanya dakwaan MCA semata-mata,” katanya.Pada PRU15 DAP menang 40 kerusi Parlimen menjadikannya parti kedua terbesar di Dewan Rakyat dan antara komponen utama kerajaan perpaduan.
Summary from source