Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata kapal Petronas dibenarkan merentasi Laut Merah. (Gambar AFP)SEREMBAN: Sebuah kapal yang berlepas dari Yanbu, Arab Saudi selepas menerima kebenaran untuk merentasi Laut Merah dijangka tiba di Melaka pada awal Ogos, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.Anwar berkata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas, Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz, memaklumkan perkembangan itu semalam.Katanya, perkembangan itu menggariskan betapa penting pendekatan yang berhemah dalam dasar luar negara."Ini sebabnya dasar luar kita mesti berhemah," katanya pada program di Pusat Latihan Asas Tentera Darat.Laut Merah menjadi laluan perkapalan berisiko tinggi baru-baru ini susulan serangan terhadap kapal-kapal komersial oleh kumpulan Houthi dari Yaman.Kumpulan itu juga mengancam untuk menyekat Selat Bab el-Mandeb, laluan strategik yang menghubungkan Laut Merah dengan Teluk Aden, ketika dunia masih bergelut dengan penutupan Selat Hormuz oleh Iran.
Summary from source