HomeWorld

KDN mula proses tapis 5,000 Rohingya sebelum hantar pulang

World 1 source 1 country 20h ago

Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata, ketika ini, terdapat kira-kira 22,000 penghuni di 19 depot imigresen seluruh negara, dengan kira-kira 4,000 dikenal pasti sebagai warga Myanmar. (Gambar Bernama)BUKIT KAYU HITAM: Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah memulakan proses mengenal pasti, mendokumentasi dan membuat tapisan terhadap pelarian Rohingya sebagai persediaan bagi penghantaran pulang 5,000 warga Myanmar itu.Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata, ini susulan keputusan kerajaan negara itu yang bersetuju menerima semula rakyatnya yang berada di Malaysia.Beliau berkata, proses itu dilaksanakan menerusi Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) selaras dengan Arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) No 23, dengan KDN bertindak sebagai agensi peneraju bersama beberapa agensi kawal selia berkaitan.“Proses DPP itu melibatkan beberapa peringkat termasuk mengesan, mengenal pasti, menjalankan tapisan keselamatan serta menentukan status setiap individu sebelum dokumen pengesahan status dikeluarkan,” katanya pada sidang media.“Tapisan akan dibuat oleh polis dan Jabatan Imigresen Malaysia. Pada akhir proses itu, seseorang individu akan diberikan keputusan mengenai status pelariannya dan dokumen akan dikeluarkan bagi mengesahkan status tersebut selepas melalui proses berkenaan."Terdahulu beliau menghadiri Program Jelajah Aspirasi Bebas Dadah: Komuniti Felda Sihat Kedah Sejahtera yang disempurnakan Raja Muda Kedah Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin di Felda Bukit Tangga.Saifuddin Nasution berkata, komitmen awal yang dipersetujui bersama Myanmar adalah untuk menerima kembali 5,000 orang, namun proses mengenal pasti individu yang termasuk dalam jumlah berkenaan perlu dilakukan secara teratur bagi memastikan mereka memenuhi kriteria yang ditetapkan.Ketika ini, katanya, terdapat kira-kira 22,000 penghuni di 19 depot imigresen seluruh negara, dengan kira-kira 4,000 daripadanya dikenal pasti sebagai warga Myanmar.“Daripada jumlah itu, kita telah mengenal pasti 4,000 orang dari Myanmar.

Mereka inilah yang akan menjalani proses tapisan dan akan ditempatkan di satu depot, bukannya berselerak di 19 depot, bagi memudahkan proses yang sedang kita jalankan,” katanya.Saifuddin Nasution berkata, penempatan di satu lokasi khusus itu bertujuan melancarkan urusan dokumentasi, semakan keselamatan serta penyelarasan antara agensi terlibat.Katanya, pr…

Summary from source
Read the full story at the source Free Malaysia Today · MY
Get the news on TelegramTop stories & under-reported picks, straight to your feed — free. Join →