Home › World

Fire breaks out at Riyadh airport after being hit by projectile

World 1 source 1 country 51m ago

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Arab Saudi mengesahkan mangsa maut ialah seorang warga Pakistan yang menetap di negara itu. (Gambar Fail)ISTANBUL: Seorang maut, manakala 11 lagi cedera dalam serangan ke atas Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid di Riyadh, Arab Saudi, menurut pihak berkuasa penerbangan awam negara itu pada awal Isnin, lapor Anadolu Ajansi.Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Arab Saudi mengesahkan mangsa maut ialah seorang warga Pakistan yang menetap di negara itu, manakala individu cedera dibawa ke hospital untuk menerima rawatan.Ia turut memaklumkan serangan itu menyebabkan kerosakan harta benda yang masih dinilai.Terdahulu, pakatan diketuai Arab Saudi di Yaman memaklumkan Terminal 4 lapangan terbang itu terkena projektil tidak dikenal pasti pada petang Ahad yang mencetuskan kebakaran.Insiden itu berlaku sehari selepas satu lagi serangan di lapangan terbang sama yang mengorbankan 12 mangsa dan lebih 300 orang cedera.Pakatan diketuai Arab Saudi menyalahkan kumpulan Houthi di Yaman atas serangan itu dan berikrar mengambil tindakan tegas, sambil menyifatkannya pelanggaran undang-undang kemanusiaan antarabangsa. Kumpulan Houthi pada Khamis mengumumkan mereka menyasarkan Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid dengan misil balistik.

(Gambar EPA Images)ISTANBUL: Kebakaran tercetus di Terminal 4 Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid di Riyadh pada Ahad selepas terkena projektil tidak dikenal pasti, lapor Anadolu Ajansi memetik pakatan diketuai Arab Saudi.Pakatan itu dalam kenyataan memaklumkan pihak berkuasa berkaitan sedang menangani kebakaran berkenaan, tanpa memberikan butiran tahap kerosakan atau terdapat sebarang korban.Dalam kenyataan susulan, pakatan itu mengumumkan sistem pertahanan udaranya berjaya memintas dan memusnahkan sebuah misil krus berhampiran lapangan terbang berkenaan.Bagaimanapun, pakatan itu tidak menjelaskan sama ada misil dipintas mempunyai kaitan dengan projektil terkena terminal terbabit atau mengenal pasti pihak bertanggungjawab terhadap serangan berkenaan.Insiden itu berlaku sehari selepas serangan di lapangan terbang sama yang mengorbankan 12 orang dan mencederakan 309 lagi, menurut angka dikeluarkan pihak berkuasa penerbangan awam Arab Saudi antara malam Sabtu dan pagi Ahad.Pihak berkuasa itu pada Sabtu mengumumkan operasi di lapangan terbang berkenaan digantung sehingga penilaian kerosakan dan pemeriksaan keselamatan terhadap kemudahannya selesai, dengan penyelarasan bersama pihak berkuasa berkaitan.Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid turut menjadi sasaran dua serangan pada Khamis lalu, masing-masing menyasarkan kemudahannya dan sebuah pesawat Saudi Arabian Airlines.Pihak berkuasa penerbangan pada Jumaat memaklumkan serangan itu mengorbankan tiga warga Arab Saudi serta mencederakan beberapa rakyat dan penduduk pelbagai kewarganegaraan, selain menyebabkan kerosakan harta benda.Serangan terdahulu menyasarkan Lapangan Terbang Antarabangsa Abha dan King Khalid pada 6 dan 7 Okt lalu yang mengorbankan tiga penduduk, masing-masing warga Maghribi, Algeria dan Sudan serta mencederakan 36 mangsa, menurut pihak berkuasa Arab Saudi.Insiden terbaharu itu menjadikan jumlah serangan terhadap Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid sejak Selasa lalu meningkat kepada lima dalam tempoh seminggu, menurut kiraan Anadolu berdasarkan kenyataan rasmi Arab Saudi.Pihak berkuasa Arab Saudi belum mengenal pasti pihak bertanggungjawab terhadap serangan itu, namun kumpulan Houthi pada Khamis mengumumkan mereka menyasarkan Lapangan Terbang Antarabangsa …

Summary from source
Read the full story at the source Free Malaysia Today · MY ↗
Get the news on TelegramTop stories & under-reported picks, straight to your feed — free. Join →